window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder?

Haris · Jul 31, 2022 08:00 PM

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 01

  • Geely Binyue Cool menggunakan enjin 4-silinder baharu
  • Reka bentuk luaran dan kabin baharu
  • Akan mula dijual di China tidak lama lagi

Kini dalam tahun keempat kitaran hayatnya, Geely bersedia untuk memberikan SUV segmen B popular Geely Binyue (turut dikenali sebagai Proton X50) kemas kini besar-besaran, merangkumi penampilan yang diubah suai dan rangkaian kuasa baharu.

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 02

Ya, trenkuasa baharu. Geely Binyue Cool serba baharu (ya, Cool adalah sebahagian daripada namanya) dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo petrol baharu, menghamburkan sehingga 181 PS dan 290 Nm. Enjin baharu itu diberi nama kod BHE15-EFZ.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 01

Angka-angka ini bermakna enjin baharu ini menawarkan +4 PS dan +35 Nm lebih daripada model Binyue / Proton X50 dengan enjin 3-silinder lama (177 PS, 255 Nm).

Baca: Proton buka pusat pemasangan engin yang baru di Tg Malim, pertama di luar China yang cipta nadi 1.5T 3 silinder Geely 

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 02

Seperti sebelum ini, kuasa masih disalurkan melalui transmisi dual-clutch jenis basah 7-kelajuan yang memacu roda hadapan. Anehnya, tidak seperti varian lain Geely Binyue, Binyue Cool tidak menerima paddle shifter yang dipasang pada stereng.

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 03

Ketepikan rangkaian kuasa yang dikemas kini, Geely telah merombak secara menyeluruh bahagian luar dan dalam Binyue Cool. Di hadapan adalah sepasang lampu hadapan yang kelihatan lebih tajam, mengapit gril hadapan yang besar dengan perincian aksen merah yang menonjolkan lagi garis kenderaan.

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 04

Perubahan di bahagian belakang Geely Binyue Cool baharu juga sama berat - dua unit lampu belakang LED individu bagi Binyue biasa telah ditukar kepada satu unit dengan jalur LED. Rekaan pintu belakang juga telah dibentuk semula, menyaksikan posisi nombor plat diletakkan lebih rendah berbanding sebelumnya.

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 05

Geely turut merombak kabin dalaman Geely Binyue Cool - tiada lagi kluster instrumen digital 7 inci yang kecil, kini digantikan dengan unit 12.3 inci yang lebih besar. Terdapat juga lampu ambien hijau pendarfluor yang memberi kontras untuk menaikkan suasana kabin.

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 06

Selain itu, reka bentuk papan pemuka dan konsol tengah juga serba baharu. Kini terdapat lebih banyak ruang storan dalam konsol tengah Geely Binyue Cool baharu, serta port USB yang lebih mudah diakses.

Baca: Honda HR-V juarai pasaran China walaupun Binyue (Proton X50) lebih murah, bagaimana?

Geely Binyue Cool dengan enjin 4-silinder 1.5 Turbo, apa lagi kekurangan X50 selain silinder? 07

Geely Binyue Cool dengan tema kabin hitam merah, macam X50 Flagship?

Geely masih belum membuka Geely Binyue Cool untuk jualan di China. Namun begitu, beberapa unit telah ditemui berada di bilik pameran pengedar di seluruh negara Tembok Besar itu justeru, kami percaya ia hanya menunggu masa sahaja sebelum butiran penuh didedahkan, termasuk harga.

Kredit foto: Autohome

Baca: Proton X50 dengan potensi hibrid? Lebih berkuasa dengan Geely Binyue PHEV yang dirasmikan di China!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda