window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga!

Haris · Aug 16, 2021 05:00 PM

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 01

Pada hujung minggu lepas, Geely Auto telah melancarkan Geely Binyue facelift 2021 yang baharu di China. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, Geely Binyue telah mencecah umur 3 tahun yang menandakan facelift pertama hadir pada tahun ini.

Harga Geely Binyue facelift bermula dari CNY 75,800 (~ RM 50k) untuk varian asas manakala harga tertinggi pada CNY 119,800 (~ RM 78k) untuk varian spesifikasi teratas.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

6 varian ditawarkan di China dengan kemaskini varian yang memperlihatkan model Geely Binyue hibrid ringan (MHEV) 48V digugurkan untuk facelift kali ini.

Apa yang lebih menarik adalah harga Geely Binyue facelift 2021 ini tidak berubah dari sebelumnya - suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan jumlah peningkatan yang ditawarkan.

Rekaan luar - kreatif

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 01

Geely Binyue facelift 2021 tampil dengan gril bermotif X pada bahagian hadapan, suatu penampilan yang kurang lazim berbanding rekaan fasia hadapan SUV biasa. Gril honeycomb digunakan untuk Geely Binyue di samping perincian 3 jalur pada bahagian kiri lip bumper untuk lebih imej sporty.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 02

Rim aloi 18-inci menghiasi varian baharu ini namun hanya ditawarkan untuk model varian atas sahaja. Geely Binyue varian rendah menerima rim 17-inci sahaja.

Baca: Geely Binyue facelift 2021 beri bayangan kemaskini Proton X50, ada 'dashcam' 360 darjah!

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 03

Pada bahagian belakang, kebanyakan perincian masih dikekalkan termasuklah quad-ekzos yang menjadi idaman ramai. Pilihan warna dengan rekaan bumbung dua-tona turut dikekalkan, menyempurnakan lagi imej sporty pada Geely Binyue ini.  

Kabin dalaman - lebih banyak naik taraf

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 04

Lebih banyak peningkatan yang ditawarkan pada bahagian dalaman berbanding luaran. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang dipertingkat.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 05

Peningkatan terbesar ialah paparan skrin infotainment 12.3 inci baru. Sistem infotainment baru menggunakan sistem operasi Milky Way baharu, yang dikuasakan oleh cip E02 yang dipertingkat. Ia dikatakan 3.3x lebih pantas daripada model yang sebelum dan ini dapat diterjemahkan ke dalam operasi yang lebih lancar dan kurang mengganggu bagi pemandu.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 06

Seperti Geely Xinyue L yang baru diperkenalkan, Geely Binyue faceligt juga menawarkan kemaskini perisian secara over-the-air (FOTA). Walaubagaimanapun, tiada sambungan 5G yang terdapat di sini; hanya 4G.

Baca: SUV termewah, Geely Xingyue L hanya berharga RM 90k sahaja di China!

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 07

Di China, Geely Binyue Pro menerima sistem 72 warna lampu ambien suasana yang sangat menarik di samping penggunaan warna 2 tona dan jahitan kontras pada stereng, tempat duduk dan kemasan lain.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 08

Konsol tengah kebanyakannya masih mengekalkan rekaan sama namun ada sesuatu yang sangat menonjol - tombol gear kini berbentuk T berbanding tombol gear yang ada pada model Geely Binyue pra-facelift dan Proton X50.

Trenkuasa - sama tapi ada yang ditingkatkan

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 09

Pilihan trenkuasa tetap tidak berubah dari model pra-facelift. Geely Binyue menggunakan 2 kapasiti enjin turbocaj, yang pertama adalah unit 1.4 liter yang menghasilkan 141 PS dan 235 Nm, dengan padanan manual enam kelajuan atau automatik dwi-klac enam kelajuan.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 10

Pilihan enjin kedua adalah enjin 1.5 liter turbocaj TGDi yang lebih sinonim dengan kita dan turut digunakan pada Proton X50. Enjin ini mampu mencapai puncak kuasa sebanyak 177 PS dan 255 Nm dengan padanan transmisi dwi-klac (DCT) automatik 7-kelajuan.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 11

Walaupun menggunakan trenkuasa yang sama, Geely telah menambahkan kawalan pelancaran (launch control), tambahan mod pemanduan ‘Track’ dan sistem ekzos yang boleh disesuaikan secara elektronik.

Baca: Geely Binyue Pro 2021 menambah ekzos boleh laras, mod trek, & ‘launch control’ - boleh lepak dataran

Ciri keselamatan - lebih maju dari biasa

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 12

Suite ADAS daripada Geely sendiri dilihat sudah lengkap, namun Geely Binyue facelift 2021 ini menambah fungsi Speed Limit Information Function (SLIF), Remote Parking Assist (RPA), dan suite Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) yang dipertingkatkan.

Terdapat juga kamera dashcam 360 darjah baru. Ini bermakna, Geely Binyue boleh merakam video pada mana-mana arah, menjadikannya sebarang tuntutan insurans lebih mudah.

Komentar editor:

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 13

Perseteruan membangkitkan kreativiti. Dengan landskap automotif China yang begitu kompetitif, tidak hairanlah jika Geely mampu menghasilkan sebuah produk yang sangat berteknologi tinggi pada harga yang mampu milik. Malah, harganya tidak dinaikkan!

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 14

Sebulan sebelum kehadiran facelift, Geely menjual 7,162 unit Geely Binyue di China, cuma sedikit di belakang Honda HR-V.

Di China, HR-V dijual sebagai Honda Vezel (7,188 unit, oleh GAC Honda) dan Honda XR-V (8,505 unit, oleh Dongfeng Honda). Bulan lalu turut menyaksikan, SUV subkompak terlaris di China ialah Chery Tiggo 3, dengan 9,175 unit terjual.

Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga! 15

Di Malaysia, kembarnya iaitu Proton X50 masih baharu dalam pasaran. Dilancarkan pada tahun 2020, terlalu awal untuk menyatakan bahawa Proton X50 akan menerima facelift pada masa terdekat. 3 tahun juga mungkin menyaksikan Proton X50 menerima naik taraf yang lebih baik dari Geely Binyue facelift 2021 ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda