window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru?

Mersita · Nov 15, 2021 06:00 PM

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 01

Ingat tak rupa Geely Boyue X yang segak lagi sasa? Nampak gayanya Geely akan meneruskan gaya rekaan mantap ini memandangkan imej-imej paten yang tertiris ini menunjukkan rupa bentuk seperti Geely Binyue (dijual di sini sebagai Proton X50) dengan rekaan diinspirasikan X yang sama.

Di China, Geely Boyue X melangkaui Geely Boyue Pro sebagai varian paling atas. Adakah ini bermaksud Binyue ini akan menjadi varian teratas paling baru nanti?

Baca juga: Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 01

Imej-imej dari laman Facebook Vanhoe Rage ini menunjukkan Binyue baru (barangkali akan digelar sebagai Binyue X?) dengan rekaannya yang tampak hebat.

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 02

Dari bahagian hadapannya, Binyue X akan datang mempunyai rekaan inspirasi X yang sama, namun dengan tambahan rekaan baru corak sarang lebah. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, anda akan perasan yang Binyue X ini juga akan mendapat lampu hadapan dengan rekaan baru.

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 03

Perubahan juga dapat dilihat di bahagian belakang SUV ini. Lampu breknya kini lebih nipis berbanding rekaan terdahulu, dan ia masih lagi dihubungkan oleh satu sambungan ‘trim’. Bukan itu saja – pintu butnya juga baru dan Geely telah menukar posisi nombor plat pada kedudukan lebih rendah. Selain itu, kedudukan pemantulnya juga baru dan ia kini dipasang di bucu bampar.

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 04

Ruang dalamannya pula belum diperlihatkan lagi, oleh itu belum dapat dipastikan samada Geely akan memperbaharui ruang dalamannya juga. Jika kita rujuk Boyue X terkini dengan ruang dalamannya yang bertemakan rona biru-putih, kami dapat rasakan yang Binyue X juga akan menerima pembaharuan kemasan yang sama.

Baca juga: Spyshot: Geely Boyue X 2021 dengan muka depan agresif, interior bewarna biru dan putih!

Geely Binyue X: Imej paten tertiris, mungkinkah previu varian flagship baru? 05

Geely Binyue facelift ditunjukkan

Imbas semula, Geely Binyue menerima facelift pertengahan hayatnya beberapa bulan lalu – memberikan SUV segmen B ini pelbagai penambahbaikan termasuklah suite ADAS diperbaharui, DVR 360 darjah baru, dan juga sistem infotainmen baru. Naik taraf lain termasuklah kawalan pelancaran, tambahan mode ‘Track’, dan sistem ekzos boleh-laras secara elektronik.

Baca juga: Geely Binyue facelift 2021 rasmi - naik taraf dalaman, rekaan baru, tanpa kenaikan harga!

Binyue versi ‘plug-in hybrid’ (PHEV) baru diperkenalkan dalam minggu lepas.

Ikut kami rapat-rapat untuk kemaskini terbaru.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda