window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China!

Faisal · Aug 10, 2020 03:00 PM

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 01

Geely telah merasmikan Geely Boyue 2020 1 Million Edition dan ia mendapat jeriji ‘Infinite Weave’ daripada Proton X70!

Boyue 1 Million Edition adalah untuk memperingati penjualan Boyue yang telah mencapai 1 juta unit. Terdapat sedikit perubahan kosmetik dan kelengkapan yang dipertingkatkan.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model edisi khas ini berdasarkan Geely Boyue standard dan bukan Boyue Pro yang lebih mewah.

Pada bahagian depan, gril ‘Expanding Cosmos’ kepunyaan Geely telah digantikan oleh gril motif ‘Infinite Weave’ yang direka daripada studio reka bentuk Proton.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 01

Perbandingan dengan Boyue standard

Motif tenun tak terbatas itu diilhamkan oleh batik dan ukiran kayu tradisional Malaysia. Gril ini telah didatangkan pada Proton Iriz, Proton Persona dan ia juga akan hadir pada Proton X50 yang akan datang.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 02

Perbandingkan dengan Proton X70

Di bahagian belakang, huruf Geely sekarang dibentangkan sepanjang bahagian belakang, iaitu di antara kedua-dua lampu belakang seperti yang terlihat pada Proton X70.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 03

Perbandingan dengan Boyue standard

Terdapat 7 warna luaran – Solid White, Pearl Silver, Jade Black, Fire Red, Titanium Gold, Crystal Grey, dan Cosmos Purple yang baru.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 04

Kabin dikemaskini dengan roda stereng 3-jejari pelbagai fungsi yang baru serta sistem hiburan maklumat yang lebih besar berdasarkan skrin sesentuh 10.2-inci. X70 yang dijual di Malaysia mempunyai unit yang lebih kecil berukuran 8-inci.

Geely Boyue mendapat gril 'Infinite Weave' daripada Proton X70 untuk model edisi khas di China! 05

Pilihan enjin adalah jenis petrol 1.8-liter turbo 4-silinder yang ditala dalam 2 pilihan - 163 PS / 250 Nm dan 184 PS / 300 Nm. Yang pertama dipadankan dengan 6-kelajuan manual sementara yang kedua datang dengan transmisi 7-kelajuan klac-kembar basah yang sama yang dilihat pada X70 versi CKD. Tiada pilihan AWD di sini, semuanya adalah berpacukan roda hadapan.

Geely Boyue 1 Million Edition berharga sedikit tinggi daripada Boyue standard, iaitu dari CNY 99k hingga 116k (RM 59k hingga 69k).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda