window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas!

Zamil Syaheer · Oct 12, 2021 10:00 AM

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 01

Setelah berbulan-bulan mengacah dan dipamerkan secara rasmi di pameran Chengdu Auto Show 2021, Geely telah melancarkan Geely Boyue X di China secara rasmi.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 02

Model baru ini menggantikan Geely Boyue Pro sebagai varian tertingi dalam barisan Boyue. Harga bermula dari CNY 112,800 (~ RM 73k) sehingga CNY 142,800 (~ RM 92k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 01

Dengan pengenalan Geely Boyue X yang baru, ini juga bermaksud bahawa kesemua Boyue spesifikasi China tidak lagi ditawarkan dengan enjin 1.5 liter 3-silinder bercas turbo. Kini, kesemua barisan varian Boyue menggunakan enjin 1.8 liter 4-silinder bercas turbo yang menghasilkan 184 PS dan 300 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 02

Walaupun trenkuasa yang digunakan sama dengan Proton X70, keseluruhan bahagian Boyue X baru, termasuk reka bentuk luarannya adalah baru. Seperti namanya, Boyue X mendapat rupa depan b dengan tema X yang besar, menampilkan gril serba hitam yang dipasangkan dengan lambang Geely berwarna hitam dengan sentuhan aksen berwarna jingga.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 03

Terdapat juga roda aloi berukuran 19-inci yang dengan tayar bersaiz 225/55R19, dengan kaliper brek berwarna jingga.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 04

Tema agresif Geely Boyue X bersambung di bahagian interior - ia mendapat kemasan dalaman dengan tema warna biru-putih. Bahagian atas papan pemuka dikemaskan dengan warna biru, sementara bahagian tengahnya pula dikemaskan dengan warna putih. Ia juga mendapat paddle shifters untuk menambahkan rasa sporty. Geely juga menawarkan kemasan merah-hitam untuk Boyue X.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 05

Geely Boyue X 2021 adalah model ketiga dalam barisan Geely yang menerima perisian infotainment Geely Milky Way baru yang menawarkan sambungan Huawei HiCar. Pada dasarnya, ia adaah alternatif Huawei untuk Android Auto dan Apple CarPlay. Boyue X juga menawarkan sistem suara Bose dengan 12-pembesar suara.

Geely Boyue X dilancarkan di China, varian tertinggi baru dari RM 73k, X70 yang lebih ganas! 06

Ini mungkin merupakan facelift terakhir bagi Boyue generasi terkini. Boyue generasi seterusnya dengan platform CMA dijangka tiba pada tahun 2022.

Juga baca: Geely Boyue X 2021 bakal debut di China, facelift terakhir sebelum platform CMA tiba?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda