window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia?

Haris · Jul 5, 2021 08:00 PM

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 01

Jenama EV perdana Geely, Zeekr nampaknya bercita-cita tinggi. Zeekr 001, kereta elektrik bergaya ‘shooting brake’ yang pertama di dunia telah habis dijual dalam masa 2 bulan untuk keseluruhan unit yang diperuntukkan dalam tahun 2021.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 02

Walaupun peruntukan tahunan hanya 10,000 unit - tidak banyak mengikut standard EV China yang lain - tetapi pesaing seperti Tesla dan Nio menjual lebih sedikit daripada 40,000 unit kereta setiap tahun dengan 3 model. Oleh itu, model pertama dari Zeekr berada pada permulaan langkah kanan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 01

Zeekr 001 memang cukup berkuasa, pecutan 0-100 km/j dalam waktu kurang dari 3.8 saat dengan kelajuan tertinggi 200 km/j. Hadir dengan 2-motor dan pacuan semua roda, Zeekr 001 menghasilkan sehingga 543 PS kuasa kuda dan 700 Nm tork.

Harga di China bermula dari RMB 281,000 (RM 177k), lebih mahal daripada harga asas Tesla Model 3 iaitu RMB 249,900 (sekitar RM 158k).

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 02

Binaan dalaman yang berkualiti dan cantik

Namun apa yang lebih istimewa daripada statistik prestasi Zeekr adalah dakwaan Geely bahawa semua EV yang dibina di platform SEA (Sustainable Experience Architecture) - setakat ini hanya Zeekr 001 - tidak akan terjejas walaupun selepas penggunaan 200,000 km.

Dalam erti kata lain, Geely mendakwa bahawa tiada degradasi kapasiti bateri mereka walaupun selepas 200,000 km.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 03

Sebagai perbandingan, Tesla memberikan jaminan 8 tahun, 161,000 km atau 241,000 km (bergantung pada model), sebagai jaminan untuk kapasiti bateri tidak turun di bawah 70% dalam tempoh tersebut.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 04

Zeekr masih belum mengumumkan jaminan pengeluar kerana kereta itu sebenarnya masih belum lagi dijual secara rasmi (hanya unit pra-tempahan sahaja yang sudah disahkan habis dijual). 

Sebenarnya, dakwaan Geely ini bukan sekadar omong kosong kerana terdapat beberapa petanda yang dilihat mampu menyokong dakwaan tersebut.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 05

Kedua-dua jenama Tesla dan Zeekr berkongsi pembekal bateri yang sama iaitu CATL China. Selain CATL, Tesla juga bekerjasama dengan Panasonic untuk bekalan bateri.

Geely mendakwa bahawa bateri Zeekr mempunyai direka dengan jangka hayat sejauh 2,000,000 km. Selepas itu, barulah kapasiti tenaga bateri akan mula degradasi hingga 80%.

Dakwaan ini adalah berdasarkan ujian pemanduan di bawah operasi kitaran NEDC.

Apa itu NEDC?

Singkatan kepada New European Driving Cycle.

Ia adalah kaedah pengujian makmal yang digunakan untuk mengukur penggunaan bahan api kenderaan (atau dalam hal ini, tenaga) dan pelepasan ekzos di persekitaran yang terkawal.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 06

Makmal ujian

NEDC sering kali dikritik kerana memberikan angka yang tidak realistik dan mudah dimanipulasi oleh pengeluar yang menggunakan enjin turbocharged bersesaran kecil.

Oleh kerana standard ujian pada kadar kelajuan dan pecutan rendah, kitaran NEDC membolehkan pengeluar untuk menguji enjin turbocharged di bawah potensi penuh, justeru memberikan angka yang tidak realistik.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 07

Kaedah NEDC dihentikan secara berperingkat. Ia tidak lagi digunakan di Kesatuan Eropah

Kaedah NEDC secara beransur-ansur telah digantikan oleh WLTP (Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure), yang lebih mirip dengan situasi pemanduan dunia nyata.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 08

kadang-kadang WLTP juga disebut sebagai WLTC

Secara realistik, kebanyakan pengguna tidak boleh menjangka untuk mendapatkan jarak tempuh 2 juta km seperti yang didakwa oleh Geely / Zeekr. Alasannya mudah, ia adalah keputusan makmal yang ideal, dengan suhu persekitaran dikawal antara 20 hingga 30 darjah Celsius. Ini jauh dari situasi dunia nyata.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 09

Jangka hayat bateri EV bergantung pada sel bateri yang disimpan pada suhu operasi optimum.

Justeru itu, Geely turut mendakwa bahawa semua kereta dengan platform SEA dilengkapi dengan sistem penyejukan yang sangat efisien dan mampu mengatasi negara-negara beriklim panas seperti Malaysia.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 10

Zeekr 001 dengan platform SEA

“Kunci penting di sini adalah sistem penyejukan bateri. Sekiranya anda mempunyai sistem penyejukan yang baik dan anda menyimpan sel bateri di bawah jarak yang ditetapkan tanpa melampaui suhu tersebut, anda tidak akan mengalami penurunan.

"Sistem penyejukan kami yang cekap ini diuji dengan baik di kenderaan (platform) SEA untuk iklim yang lebih panas seperti Malaysia tetapi dengan iklim yang lebih panas, anda memerlukan lebih banyak tenaga kerana kami perlu menggunakan sistem penyaman udara untuk memastikan bateri sejuk di bawah 45 darjah Celsius," - Kent Bovellan, Ketua Bahagian Pusat Seni Bina Kenderaan di Institut Penyelidikan Automotif Geely yang bertempat di Teluk Hangzhou, China.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 11

Kent adalah individu yang bertanggung jawab untuk pembangunan model-model EV Geely yang dijual di China. Antaranya Geely Emgrand GSe, Geely Emgrand Dihao EV500, Geometry A, Geometry C, dan Zeekr 001 yang baru dilancarkan.

Geely dakwa bateri kereta elektrik mereka tahan sehingga 200,000 km - sah untuk Malaysia? 12

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kent, ikuti wawancara beliau bersama media Malaysia melalui pautan berikut.

Bacaan Lanjut:

Geely: Platform SEA bakal jadi standard emas untuk EV, lebih baik dari Tesla!

Geely yakin dengan teknologi kenderaan metanol sama seperti EV dan hidrogen

Kereta elektrik premium Geely, “Zeekr” rancang saingi Tesla

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda