window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton?

Haris · May 18, 2021 02:00 PM

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 01

Menjelang debut rasmi, foto sedan Geely Emgrand serba baharu telah muncul di portal media China. Mampukah sedan Geely baru ini menjadi asas kepada sedan Proton baharu? Akan dibincangkan sebentar lagi. Ketika ini, semua sedan Proton sudah terlalu berumur untuk bersaing di pasaran eksport atau global justeru ia memerlukan pengganti. 

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 02

Dari segi rekaan, Geely Emgrand serba baharu menggunakan templat reka bentuk Geely terbaru, merangkumi gril depan khas Geely dengan bilah menegak, sementara bahagian sisi Emgrand baru lebih kemas dan sederhana dengan garis badan yang ketara mengalir dari arah depan ke belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 01

Mengenai bahagian belakang sedan Geely Emgrand baru ini pula, kedua-dua lampu belakang dihubungkan melalui jalur LED dengan jenama Geely terpampang. Bumper belakang juga mempunyai diffuser palsu dengan lampu kabus yang mempunyai penampilan diinspirasikan dari Volvo. 

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 02

Untuk pasaran China, sedan Geely Emgrand ini ditawarkan dengan 5 pilihan rekaan roda yang berbeza tetapi tiada ukuran yang spesifik disebutkan.

Sekadar pengetahuan, tanda nama Emgrand turut diletakkan pada model SUV (Emgrand S). Selain itu, model sedan Emgrand turut digayakan sebagai prestasi (Emgrand GT dengan rekaan fastback), eksekutif (Emgrand GL tampil premium) dan kereta elektrik (Emgrand EV).

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 03

Lihat juga perbandingan dimensi antara Geely Emgrand dan sedan Proton lain seperti berikut:

Dimensi
Model SS11 Persona Preve
Panjang (mm) 4,638 4,362 4,543
Lebar (mm) 1,820 1,722 1,786
Tinggi (mm) 1,460 1,554 1,524
Jarak Roda (mm) 2,650 2,555 2,650

Menurut sumber dari China juga, Geely Emgrand baru ini akan menggunakan enjin 1.5 liter NA petrol yang mencatatkan sehingga 114 PS kuasa kuda.

Bagaimana dengan Malaysia?

Geely Emgrand didedahkan - platform dan asas yang baik untuk sedan Proton? 04

Rakan media di Funtasticko baru-baru ini melaporkan bahawa Proton kini dalam pembangunan sedan baharu. Tidak keterlaluan sekiranya ia boleh diasaskan oleh Geely Emgrand yang boleh disesuaikan untuk pelbagai varian ini.

Pembangunan kenderaan memakan kos yang tinggi justeru kita akan melihat model berasaskan platform Iriz-Persona akan diperah untuk suatu jangka masa yang lama. Cara yang lebih bijak adalah perkongsian platform dengan Geely.

Walaubagaimanapun, jangan berharap sedan berasaskan Geely SS11 akan dilancarkan secepat mungkin kerana Proton kini sibuk dengan tugas pembangunan Geely Haoyue yang akan datang (boleh dipanggil Proton X90).

Bacaan Lanjut:

Geely Emgrand S kini rasmi di pasaran China, enjin 1.4T dengan 141 PS/235Nm tork, harga dari RM 55k!

Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 – Proton S50, V70, X90, atau Perdana?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2017 Proton Preve Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda