window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus!

Haris · Jun 3, 2021 06:00 PM

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 01

Ini adalah Geely Emgrand 2021 serba baharu. Dipasarkan dengan nama Geely SS11, Geely Emgrand serba baru ini telah melakukan penampilan sulung di China akhir bulan Mac 2021, sebelum dijual pada penghujung tahun ini.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 02

Geely Emgrand serba baru ini dibangunkan di platform BMA - platform asas yang sama menjadi asas untuk model Geely Binyue (Proton X50) dan Geely Binrui. Perkongsian platform ini penting untuk pengeluar dan juga pembeli.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 01

Nampak mewah tetapi sebenarnya Geely Emgrand hanyalah sebuah sedan bajet tahap pengenalan. Oleh itu, ia hanya dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter NA yang menggunakan 114 PS dan 147 Nm dengan gandingan transmisi automatik jenis CVT.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 02

Secara visual, Geely Emgrand menggunakan nuansa rekaan terbaru Geely, merangkumi gril depan khas Geely dengan bilah menegak. Sementara itu, bahagian sisi nampak kemas dan sederhana dengan garis badan yang menonjol dari arah depan ke belakang.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 03

Bergerak ke arah belakang pula, kedua-dua lampu belakang dihubungkan melalui jalur LED dengan jenama Geely yang terpampang. Bumper belakang juga mempunyai diffuser belakang palsu dengan lampu kabus belakang yang turut diletakkan pada bahagian tengah.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 04

Walaupun ini adalah sedan bajet daripada Geely, bahagian dalam Geely Emgrand terasa mewah. Sistem infotainment 10.25 inci jenis terapung menerima perhatian utama, dikuasakan oleh perisian GKUI oleh Geely.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 05

Rekaan konsol tengah yang ringkas memperlihatkan lubang udara yang tersembunyi dengan baik, tombol kawalan penyaman udara dan butang start-stop berada mengikut tingkat keperluan.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 06

Ia juga menggunakan kluster instrumen digital penuh, kemasan bahan sentuhan lembut, fungsi pandangan 360 darjah dan bumbung suria. Satu-satunya kekurangan terbesar model ini menurut portal media dari China adalah tiada penyesuaian stereng teleskopik.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 07

Perbandingan dimensi Geely Emgrand adalah seperti berikut:

Dimensi
Model SS11 Persona Preve
Panjang (mm) 4,638 4,362 4,543
Lebar (mm) 1,820 1,722 1,786
Tinggi (mm) 1,460 1,554 1,524
Jarak Roda (mm) 2,650 2,555 2,650

Ada peluang masuk Malaysia?

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 08

Sebelum ini, portal Funtasticko pernah melaporkan bahawa Proton sedang membangunkan sedan baharu yang berdasarkan Geely Emgrand serba baharu ini.

Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus! 09

Berdasarkan dimensi yang dirujuk pada perenggan sebelum ini, nampaknya Geely Emgrand agak besar untuk menggantikan Proton Persona. Mungkin ia disasarkan untuk satu tahap di atas Persona.

Namun, jangan harap sedan baru ini akan dilancarkan seawal 2 tahun akan datang. Hal ini kerana Proton sedang sibuk dengan pembangunan baharu untuk Geely Haoyue yang akan datang (atau dikenali dengan Proton X90) di samping memerlukan pelaburan terhadap SUV 'balik modal'.

Baca: Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton S50 Estimated Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda