window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90?

Haris · Jul 16, 2021 08:00 PM

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 01

Model Geely Haoyue yang disebut-sebut sebagai Proton X90 dikhabarkan bakal menerima beberapa kemaskini dari segi rekaan luar untuk pasaran domestik di China.

Kemaskini yang ditawarkan tersebut mungkin menjadi petanda awal rekaan Proton X90 yang sudah diintip di Malaysia.

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan tangkap layar yang tular di portal media China, perubahan yang paling ketara adalah bilah menegak baru pada gril hadapan, menggantikan gril rekaan ‘Expanding Cosmos’ pada model semasa. Terdapat juga kemasan krom baru yang mengelilingi lampu kabus depan dan juga pemijak sisi untuk model SUV XXL dari Geely ini.

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 01

Geely Emgrand

Rekaan gril tersebut bukanlah rekaan baharu. Sebelum ini, model Geely lain seperti Geely Emgrand terbaru ini menampilkan rekaan gril bilah menegak. Penampilan yang lebih eksekuti pada Geely Haoyue baharu ini bakal menyatukannya dengan model lain seperti Geely Xingyue L, Geely Emgrand, Geely Emgrand S, dan Geely Xingrui.

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 02

Pada bahagian belakang pula, perubahan merangkumi perkataan 'Geely' yang diposisikan lebih rendah. Terdapat juga satu diffuser dan dua muffler krom pada hujung ekzos yang lebih menonjol.

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 03

Rekaan rim aloi 5 jejari baru dan warna biru baru turut melengkapkan reka bentuk luaran Geely Haoyue yang lebih segar.

Tiada sebarang maklumat mengenai perincian dalaman buat ketika ini. Namun ia tidak sepatutnya terlepas pandang dan mungkin akan dikemaskini kelak.

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 04

Perkhidmatan mekanikal pula dijangka kekal. Terdapat dua pilihan trenkuasa yang ditawarkan untuk Geely Haoyue:

1. 4-silinder 1.8 liter bercaj turbo (184 PS / 300 Nm) yang dilihat pada Proton X70 CKD.

2. 3-silinder 1.5 liter bercaj turbo (177 PS / 255 Nm) seperti yang dilihat pada Proton X50.

Adakah ini prebiu Proton X90?

Geely Haoyue (Proton X90) bakal terima kemaskini rekaan di China, prebiu untuk X90? 05

Boleh jadi. Namun Proton mungkin akan kekal dengan rekaan gril unik tempatan 'Infinite Weave' berbanding bilah menegak pada Proton X90.

Sebagai pengeluar RHD bagi Geely, kemungkinan besar Proton X90 akan menyerupai model terbaru Geely Haoyue. Hal ini berdasarkan penampilan Proton X70 dan Proton X50 yang mirip hampir sepenuhnya dengan kembar China mereka.

Bacaan Lanjut:

Proton X90, sebuah lagi SUV untuk Proton. Kenapa tak ambil sedan Geely?

Spyshot: Proton X90 dah mendarat di Malaysia? Eh, Geely Haoyue!

Proton X90 - gambaran awal bakal SUV 7 penumpang dari Proton?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda