window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa!

Faisal ยท Feb 24, 2023 12:00 PM

Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa! 01

Enjin hibrid terbaru Geely nampaknya telah mula masuk produksi. Nadi yang dimaksudkan adalah enjin 1.5L 4 silinder yang mempunyai kecekapan haba (thermal efficiency) setinggi 44.26%.

Bagi anda yang kurang faham dengan istilah itu, ia bermaksud jumlah tenaga yang boleh diekstrak dari bahan api. Kalau anda nak tahu, peratus kecekapan haba buat enjin biasa kebanyakannya adalah antara 20% - 30%, manakala beberapa enjin Hyundai, Toyota dan GAC mencapai lebih 40%.

Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan kod BHE15 Plus, enjin hibrid ini menggunakan kitaran Miller dan peratusan kecekapan haba tersebut dimainkan oleh faktor nisbah tekanan tinggi dan sistem suntikan bahan api bertekanan 350 bar.

Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa! 01

Galaxy L7.

Setakat ini, enjin BHE15 Plus sudah mula diguna pada Galaxy L7. Bagi anda yang belum tahu, Galaxy adalah jenama premium terkini milik Geely dan ia dikhaskan untuk kenderaan premium yang dielektrifikasi.

Dalam Galaxy L7, trenkuasa hibrid ini mampu memecut SUV hibrid plug-in itu dari 0 โ€“ 100 km/j dalam masa 7.5 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 200 km/j. Penggunaan petrolnya pula didakwa serendah 5.23 liter/100 km.

Menurut laporan sahih, enjin ini juga akan diguna oleh jenama anak syarikat Geely Group, termasuklah Lynk & Co.

Geely memperkenalkan enjin hibrid 1.5L 4 silinder, kecekapan haba 44.26%, lagi berkuasa! 02

Di Malaysia, enjin BHE15 Plus ini tidak pernah lagi diperkatakan oleh Proton. Tetapi apa yang boleh dirumuskan adalah X90 nanti mungkin akan guna trenkuasa 1.5L 3 silinder TGDi yang diganding dengan sistem hibrid sederhana 48V (MHEV).

Juga bacaProton X90 berkemungkinan menjadi hibrid pertama Proton, siap ada acah sistem hibrid MHEV di COE

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda