window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota!

Zamil Syaheer · Nov 9, 2021 11:59 AM

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota! 01

Nampaknya kewujudan Geely di Malaysia bukan sahaja terhad kepada Proton, tetapi ia juga bakal memperkenalkan Lynk & Co.

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota! 02

Info yang ‘tersorok’ di dalam siaran akhbar rasmi Geely ini mengatakan niat syarikat yang berpangkalan di Hangzhou itu untuk meningkatkan jualan kepada 3.65 juta unit menjelang 2025, termasuk pengembangan jenama Lynk & Co di pasaran global seperti Malaysia, Australia dan New Zealand. Teruja?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia!

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota! 01

Berita ini nampaknya boleh dikaitkan dengan pengumuman Geely sebelum ini bahawa kilang Proton Tanjung Malim akan digunakan sebagai hab pengeluaran pemanduan kanan. Pada masa ini, semua model Lynk & Co adalah pemanduan kiri sahaja; masih belum ada model pemacu kanan. Korang ok ke model Lynk & Co 03 yang dibina di Tanjung Malim?

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota! 02

Pada masa ini, Lynk & Co menawarkan tidak kurang daripada tujuh model, daripada SUV hingga sedan dan hatchback. Ia begitu moden, dan dibangunkan pada platform BMA, CMA atau SPA, serta dikuasakan oleh rangkaian kuasa terkini Geely.

Juga baca: Lynk & Co, sedara jauh Proton ni ada 7 model dalam pasaran. Mana yang paling 'best'?

Geely mengesahkan Lynk & Co akan dilancarkan di Malaysia menjelang 2025 - Awas Honda, Toyota! 03

Lynk & Co kini mengeksport ke pasaran terpilih di Eropah, termasuk Belgium, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Belanda dan Sweden. Satu-satunya model yang ditawarkan di negara Eropah terpilih ini ialah Lynk & Co 01, tersedia sama ada untuk langganan atau pembelian.

Selain daripada itu, Geely telah mengulangi misi mereka akan meneruskan sokongan kepada Proton, dengan matlamat menjadikan Proton sebagai jenama No.1 di Malaysia dan top-3 di rantau ASEAN dengan pengenalan teknologi dan produk baharu.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda