window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas

Zamil Syaheer ยท Aug 4, 2021 03:00 PM

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 01

Zhejiang Geely Holding Group mempunyai lebih sebab untuk merasa bangga apabila syarikat dari China itu tersenarai dalam Fortune Global 500 2021 untuk 10 tahun berturut-turut. Kumpulan itu mencatat pendapatan sebanyak USD 47.191 bilion (RM 200 bilion) pada tahun 2020, meletakkan mereka di kedudukan ke-239 dalam senarai.

Sejak memasuki senarai tersebut pada tahun 2012, kedudukan Geely telah meningkat lebih daripada 200. Untuk menandakan kejayaan mereka, Geely Holding mengeluarkan senarai pencapaian mereka sepanjang tahun 2020.

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun tahun 2020 menyaksikan wabak Covid-19 menyerang dunia dengan rakus, kumpulan ini berjaya mencatatkan peningkatan penjualan hampir 10 peratus dari jenama anak syarikatnya dan rakan kongsi masing-masing, melebihi angka 2.1 juta unit.

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 01

Jenama di bawah Geely Auto Group (Geely Auto, Proton, Lynk & Co, dan Lotus) menyaksikan penjualan melebihi 1.32 juta unit. Geely Auto Group juga menduduki tempat pertama dalam penjualan antara jenama automotif China untuk tahun keempat berturut-turut.

Juga baca: Proton paling maju dalam 4 tahun sejak bergabung dengan Geely

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 02

Selain itu, Geely Holding juga menjalin beberapa kolaborasi dan kerjasama global dengan pelbagai syarikat pada tahun 2020. Syarikat-syarikat tersebut adalah Daimler AG, Baidu, Foxconn, dan Concordium.

Dengan Daimler, Geely melancarkan rancangan untuk berkolaborasi dalam mengembangkan sistem trenkuasa untuk aplikasi kenderaan hibrid generasi akan datang.

Sementara itu, Geely juga bekerjasama dengan Baidu untuk mengembangkan generasi baru kenderaan elektrik yang bersambung dan pintar.

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 03

Geely Holding naik 4 anak tangga berbanding tahun 2020

Di sisi lain, Geely menjalin usaha sama dengan Foxconn untuk menyediakan pengeluaran OEM dan perkhidmatan perundingan kepada pembuat kenderaan global. Kumpulan ini juga bekerjasama dengan Yayasan Concordium Denmark untuk membawa teknologi dan perkhidmatan blockchain ke China.

Pada tahun 2020, Geely Holding juga melancarkan senibina kenderaan elektrik sumber terbuka pertama di dunia yang dikenali sebagai Sustainable Experience Architecture (SEA).

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 04

Platform SEA Zeekr 001

Platform ini akan digunakan di antara jenama di bawah Geely Auto Group, termasuk jenama yang mempunyai kerjasama dengan Geely Holding seperti Smart. Jenama pertama yang menggunakan platform SEA baru adalah jenama elektrik sepenuhnya, Zeekr.

Selain itu, Geely Holding dan Volvo menubuhkan usaha sama global, Aurobay, untuk operasi trenkuasa.

Juga baca: Aurobay, gabungan operasi trenkuasa Geely & Volvo, bakal jadi pembekal Proton masa hadapan?

Geely naik 4 anak tangga dalam senarai Fortune Global 500, meninggalkan Petronas 05

Barisan pengeluaran enjin di kilang Volvo, Skövde

Kumpulan ini akan meneruskan pembangunan berkelanjutan, meningkatkan pegangan pasaran, pengembangan global, dan mencipta nilai yang lebih besar bagi pengguna di seluruh dunia untuk dekad berikutnya.

Juga baca: Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda