window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia?

Haris · Feb 11, 2021 06:00 PM

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 01

Model Geely Okavango di Filipina baru sahaja menerima kemaskini yang agak hangat. Kemaskini terbaru Geely Okavango adalah tambahan varian iaitu varian Urban Plus dan menjadi model varian tertinggi.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hangat yang kami maksudkan adalah lebih harfiah; Geely Okavango Urban Plus datang dengan bumbung suria 60 inci. Seperti Malaysia, pasaran Filipina juga mungkin menggemari bumbung suria.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 01

Bumbung suria tersebut dilengkapi dengan lapisan filem tambahan untuk menyekat sinaran matahari dengan lebih baik dan sensor hujan yang menutup pelindung matahari secara automatik sekiranya hujan turun.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 02

Selain itu, varian tertinggi terbaru ini menerima lampu LED Adaptive Drive Beam dengan penyesuaian pancaran automatik dan pelaras automatik. Hal ini bermakna lampu hadapan akan sentiasa dipancarkan mengikut laras pemanduan, sesuai dengan namanya.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 03

Saiz adalah segala-galanya untuk varian ini. Geely Okavango turut menerima skrin infotainment bersaiz 12.3 inci. Sebagai perbandingan, model Proton X50 Premium dan Flagship menerima skrin infotainment 10.25 inci.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 04

Geely Okavango hadir dengan enjin 1.5 TGDi yang digunakan pada Proton X50 namun Geely Houyue pasaran China menambah enjin 1.8 TGDi yang digunakan pada Proton X70. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan.

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 05

Lakaran model Proton X90

Geely Okavango disebut-sebut sebagai model terbaru Proton, berkemungkinan menjadi Proton X90. Adakah bumbung suria 60 inci tersebut bakal menjadi salah satu ciri yang menarik untuk pasaran Malaysia?

Geely Okavango 2021 - kini dengan bumbung suria 60 inci, Proton X90 untuk Malaysia? 06

Proton X90 akan bersaing dengan SUV 7 penumpang segmen C / D yang lain seperti Mitsubishi Outlander, Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe. Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa ia akan turut bersaing dengan SUV berasaskan trak seperti Toyota Fortuner.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda