window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam!

Mersita · Nov 12, 2020 09:00 AM

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 01

Kalau anda terlepas tren berita, Geely baru-baru ini melancarkan Geely Hao Yue, sebuah SUV 7 tempat duduk, di Filipina. Seperti mana-mana model Geely yang lain, Hao Yue diberi nama yang “global”, dimana kesudahannya ia dinamakan Geely Okavango di Filipina.

Nama ini membuatkan komuniti pengguna Bahasa Tamil di Malaysia rasa ‘semacam’. Gokul dari Bigwheel menjelaskan yang nama “Okavango” mempunyai maksud lain dalam Bahasa Tamil, dan ia agak lucah. Alamak!

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nama “Okavango” sebenarnya diinspirasikan daripada nama sebuah tempat di Botswana, Afrika yang dipanggil Okavango Delta. Geely Philippines memilih nama ini kerana ia merupakan salah satu 'seven natural wonders' di Afrika dan tempat itu juga diiktiraf sebagai salah satu keajaiban UNESCO World Heritage di dunia.

Nama “Hao Yue” dalam bahasa kaum Cina bermaksud “berani”. “Okavango” di Filipina pula dianggap sebagai keajaiban atau keindahan alam. Tapi, bagi komuniti India tempatan, terutama sekali mereka yang berbahasa Tamil, “Okavango” membawa maksud “jom buat seks” dalam cara yang paling tak semenggah atau sopan dalam Bahasa Tamil.

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 01

Nama “Okavango” memang tak boleh ‘jalan’ dalam mana-mana negara yang ada komuniti berbahasa Tamil. Tak pasal-pasal nanti jadi bahan lawak, dan orang yang nak beli pun jadi serba-salah nak sebut nama kereta.

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 02

Oleh itu, kami haraplah Geely akan pertimbangkan semula pilihan nama untuk Hao Yue apabila mereka mahu perkenalkan SUV itu di negara lain nanti.

Tapi, berdasarkan trend terkini yang digunapakai Geely dalam menyelaraskan nama-nama kereta bagi “pasaran antarabangsa” mereka – contohnya Geely Xing Yue sebagai Geely Tugella dan Geely Xing Rui sebagai Geely Preface – kami tak berapa nak optimistik.

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 03

Setakat ini, hanya Geely Bin Yue yang diberi dua nama – Geely Coolray dan Proton X50.

Geely Bo Yue iaitu Proton X70 adalah model terakhir yang dijual dengan pelbagai nama berbeza di negara-negara berbeza; Geely Azkarra di Filipina, Geely Emgrand X7 Sport di Amerika Selatan dan Rusia, dan Geely Atlas di negara lain-lain. Pening…..

Geely Okavango – Janganlah Proton guna nama sama, nanti kena kecam! 04

Nasib baik, Geely Hao Yue macam tak ada harapan untuk masuk pasaran Malaysia. Setakat ini, Proton belum ada perancangan untuk perkenalkan SUV 7 tempat duduk itu di sini.

Kalau Hao Yue akan masuk sekalipun, janganlah bagi nama Okavango. Proton X90 cantiklah sikit.

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda