window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas!

Haris · Jun 17, 2021 09:00 PM

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 01

Model Geely Preface adalah model mercu Geely namun potensinya tidak terhenti setakat platform CMA dan spesifikasi trenkuasa sahaja. Untuk itu, Geely telah tampil dengan Geely Preface edisi Spacetime yang eksklusif terhadap pembeli terpilih sahaja. 

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 02

Dari apa yang kami fahami, edisi Spacetime hanya terdapat dalam 1 warna, dipanggil sebagai Magnetic Field Pulse. Warna kelabu abu angkasa ini ada sedikit nada biru yang sesuai dengan tema angkasa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 01

Selain itu, komponen krom telah diganti dengan warna hitam matte atau lebih dikenali dengan 'chrome delete'. Cermin sisi juga berwarna hitam dan bukannya mengikut warna badan kereta di samping kaliper brek merah terang mengintip dari antara roda dua tona yang sangat menarik.

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 02

Bahagian belakang menerima spoiler hitam piano tambahan sementara paip ekzos kuad melengkapi penampilan yang lebih sporty.

Baca: Geely Preface adalah China Car of the Year tahun 2021!

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 03

Luar angkasa berwarna hitam justeru itu bahagian kabin dalaman juga memberi penekanan tema ini dengan kulit Alcantara hitam yang meliputi papan pemuka, panel pintu, dan juga konsol tengah.

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 04

Geely memang tidak lari dengan tema angkasa lepas, malah rekaan Geely Bin Rui (Proton X50) juga mengetengahkan tema ini dengan kokpit yang direka berdasarkan jet pejuang. Geely Preface edisi Spactime ini membawa tema ini lebih lagi.

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 05

Jahitan hijau neon (Geely memanggilnya hijau Aurora) dan tali pinggang keledar kuning terang menambah kontras warna ke bahagian dalam yang berwarna hitam. Malah teks CMA yang dicetak di tempat duduk belakang juga berwarna hijau Aurora ini.

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 06

Di bawah bonet hadapan, kesemuanya masih sama. Geely Preface Spacetime masih dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter bercaj turbo TD yang dipadangkan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan. Padanan ini menghasilkan 190 PS dan 300 Nm.

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 07

Walaupun edisi khas, dua varian ditawarkan dengan harga bermula dari RMB 132,700 (RM 85k) hingga RMB 152,700 (RM 98k). Ia lebih mahal daripada Geely Preface standard yang bermula pada harga RMB 113,700 (RM 71k).

Jika inilah caranya untuk menampilkan edisi khas, apa pendapat anda?

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 08

 

Geely Preface edisi Spacetime tunjuk ini caranya kalau nak buat edisi khas! 09

Bacaan Lanjut:

Tempahan Geely Preface mencecah 10,000 unit dalam masa 20 hari!

Rekaan dalaman Geely Preface dipertontonkan. Cantik setanding Proton X70?

Geely Preface kini dikeluarkan. Kemungkinan jadi Proton Perdana generasi baharu semakin kuat?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Proton Perdana 2.0L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda