window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia!

Faisal ยท Aug 19, 2021 05:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara keseluruhan, syarikat pembuat kereta dari China itu menyaksikan pertumbuhan 19 peratus untuk tahun ke tahun (year-on-year, YoY). Mengenai jualan yang disebutkan, Lynk & Co dilaporkan berjaya menjual sehingga 107,873 kereta yang mana ia menyaksikan peningkatan YoY sebanyak 96.98 peratus.

Juga bacaLynk & Co, sedara jauh Proton ni ada 7 model dalam pasaran. Mana yang paling 'best'?

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 01

Untuk maklumat anda, jualan kereta Lynk & Co sejak diperkenalkan di China lima tahun yang lalu telah mencecah angka 550,000 unit. Oleh itu, untuk H2 2021, Geely berancang untuk memperkenalkan jenama kereta premium itu ke beberapa pasaran Asia.

Juga bacaNak Volvo XC90 versi murah? Lynk & Co 09 tertiris harga bermula RM 194k di China

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 02

Buat masa ini, Lynk & Co hanya dipasarkan di China, Belanda, Jerman, Belgium, dan Sweden. Kalau anda lihat, pasaran yang disebutkan ini menggunakan format pandu belah kiri (LHD). Perkara ini secara tidak langsung memberikan petunjuk bahawa penembusan pasaran Asia yang mereka rancang buat masa ini berkemungkinan negara yang menggunakan format LHD. Jadi, Malaysia nampaknya perlu menunggu terlebih dahulu.

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 03

Satu lagi kategori yang mengalami pertumbuhan yang ketara buat jenama Geely ialah segmen kenderaan elektrik. Untuk H1 2021 sahaja, ia sudah menyaksikan peningkatan jualan YoY sehingga 189 peratus. Sekarang ini, Geely sedang bertungkus-lumus untuk mengetengahkan lagi barisan elektrifikasi mereka dengan pelan untuk memperkenalkan sistem trenkuasa hibrid pintar GHS (Geely Hybrid System) 2.0 pada model sulung mereka dalam H2 2021.

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 04

Pada masa yang sama, Geely juga berhasrat untuk merasmikan GHS 2.0 kepada 10 model baru dalam masa 3 tahun ini. Pembuat kereta China itu sempat mengesahkan bahawa trenkuasa baru itu mencapai tahap thermal efficiency sehingga 43.32 peratus. Kadar penjimatan minyaknya juga mencecah 40 peratus.

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 05

Walau dengan bekalan cip yang terhad dan wabak Covid-19 yang melanda secara global, Geely tetap teguh dengan sasaran jualan 1.53 juta kenderaan untuk tahun 2021.

Juga bacaBekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

Geely raih jualan 630k kereta untuk H1 2021, Lynk & Co akan ke pasaran Asia! 06

Menariknya, mereka juga merancang untuk capai jualan tahunan sebanyak 3.65 juta kenderaan menjelang tahun 2025 yang mana kereta yang dielektrifikasi sahaja sudah disasarkan sebanyak 1 juta unit. Hebat tak hebat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda