window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Xingyue L 2021 umum harga, lebih murah daripada Proton X70 dengan teknologi Volvo!

Haris · May 27, 2021 11:59 AM

2021 Geely Xingyue L Launch

Geely Xingyue L 2021 telah dilancarkan secara rasminya ketika Shanghai Auto Show, kini telah mula dijual di China pada harga yang sangat menarik.

4 varian Geely Xingyue L ditawarkan pada harga bermula dari CNY 148k (RM 95k) hingga CNY 188k (RM 121k). Ini adalah kereta termahal dalam barisan model Geely.

2021 Geely Xingyue L Exterior

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga barisan model Geely
  Harga (CNY) Harga (RM)
Geely Boyue 89,800 – 106,800 58,000 – 69,000
Geely HaoYue 103,600 – 139,600 66,900 – 90,200
Geely Boyue Pro 116,800 – 146,800 75,400 – 94,800
Geely XingYue 127,800 – 187,800 82,500 – 121,300
Geely XingYue L 148,000 – 188,000 95,600 – 121,400

Apa Geely Xingyue L ni?

2021 Geely Xingyue L Exterior Design

Jika Geely Xingyue biasa adalah SUV coupe sport, Geely Xingyue L pula diposisikan sebagai SUV paling andal Geely dengan kelengkapan, kemewahan dan teknologi terbaik yang boleh Geely berikan.

Selain itu, ia turut dibangunkan di atas platform Compact Modular Architecture (CMA) yang dikongsi bersama model Volvo XC40 dan Lynk & Co. Malah, Geely Xingyue L adalah kereta paling besar yang menggunakan platform ini.

Perbandingan Saiz
  Geely Xingyue L Geely Boyue Volvo XC60
Panjang (mm) 4,770 4,519 4,688
Lebar (mm) 1,895 1,831 1,902
Tinggi (mm) 1,689 1,694 1,658
Jarak roda (mm) 2,845 2,670 2,865

Spesifikasi trenkuasa untuk Geely Xingyue L?

2021 Geely Xingyue L Engine

Semua varian Geely Xingyue L menerima enjin 4-silinder 2.0L bercaj turbo Volvo Drive-E petrol tetapi ditawarkan dengan 2 pilihan transmisi.

Varian yang lebih rendah dipasangkan dengan transmisi dual-clutch 7-kelajuan jenis basah yang mendorong tork sehingga 217 PS dan kuasa kuda 325 Nm.

2021 Geely Xingyue L Driving

Ia hanya dipacu roda depan dan membolehkan Geely Xingyue L memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 7.9 saat dengan penggunaan bahan api yang didakwa pengeluar sebanyak 6.3L / 100 km.

Bagi varian yang lebih mahal, ia mampu mencapai kuasa sehingga 238 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork, dengan gandingan transmisi automatik 8-kelajuan dari Aisin dengan pacuan semua roda. Pecutan abad mampu diselesaikan dalam 7.7 saat sahaja menurut Geely.

Apa kelengkapan pada Geely Xingyue L?

2021 Geely Xingyue L Driving

Tumpuan pada Geely Xingyue L terdapat di bahagian dalam di mana pemandu akan disambut dengan kemasan dua tona yang menggunakan kulit dan baldu. Pada papan pemuka, anda akan mendapati 3 susun atur skrin lengkap dengan sistem operasi GKUI generasi baru dengan sambungan 5G.

2021 Geely Xingyue L Interior Design

2021 Geely Xingyue L Interior Design

Geely mendakwa bahawa Geely Xingyue L diaktifkan dengan kemas kini perisian penuh OTA (over-the-air) yang membolehkan trenkuasa, infotainment, casis dan ADAS ditingkatkan dari masa ke semasa.

Perkara menarik lain yang boleh didapati termasuklah sistem suara keliling BOSE dengan 10 pembesar suara, paparan HUD realiti terimbuh (augmented reality), bumbung suria panoramik, pencahayaan ambien 72 warna, pilihan mod pacuan, dan tempat duduk kuasa hadapan.

2021 Geely Xingyue L Space

2021 Geely Xingyue L Boot Space

Selain dilengkapi dengan ciri pemanduan separa autonomi Tahap 2, Geely Xingyue L mempunyai Fungsi Valet automatik. Dalam kawasan 200 meter (jarak hingga 1 km), SUV ini dapat mencari tempat letak kereta dan meletak kenderaan sendiri tanpa pemandu. Seperti Tesla, Geely Xingyue L juga boleh 'dipanggil' dari tempat letak kenderaan kepada anda jika anda berada dalam jarak jangkauan.

2021 Geely Xingyue L Exterior Design

Geely Xingyue L adalah model Geely paling mewah dan berteknologi tinggi. Penerimaan pasaran di China terhadap model ini sangat positif kerana angka pra-tempahan meningkat dengan cepat. Nampaknya, ini boleh jadi moedal terlaris untuk Geely?

Bacaan Lanjut:

Geely Xingyue L AWD ini sebenarnya Volvo T5 di sebalik badan luarannya

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya?

Geely Xing Yue, calon SUV sesuai sebagai Proton X90?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Geely Xing Yue 400T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda