window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang!

Khairil ยท Nov 8, 2022 12:30 PM

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 01

Yamaha merampas kembali gelaran juara keseluruhan kelas elit, CP150 Kejuaraan Petronas Cub Prix daripada kem Honda menerusi jaguhnya Ahmad Afif Amran dengan takhta musim 2022 itu disahkan lebih awal di pusingan sembilan di Litar Antarabangsa Sepang Selatan, minggu lalu.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 02

Persaingan kelas CP150 di Sepang

Sekalipun tidak memenangi perlumbaan di Sepang, jumlah pungutan mata yang dikumpul Afif dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha โ€“ CKJ Racing iaitu 157 mata cukup untuknya bergelar juara lebih awal tanpa menunggu pusingan terakhir, bulan depan.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 03

Ahmad Afif Amran

Ini kerana pencabar terdekatnya, Azroy Hakeem Anuar yang juga pemenang perlumbaan di Sepang ketika ini hanya mengumpul keseluruhan 128 mata sekaligus tidak lagi mampu memintas kedudukan Afif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai info, Azroy dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu adalah penyandang juara Cub Prix pada musim lalu. Pada musim 2020, juara keseluruhan menjadi milik seorang lagi pelumba Honda, Mohd Helmi Azman dari pasukan Hi Rev SCK Honda Racing.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 01

Afif sebelum itu cemerlang bergelar juara berganda selepas menjuarai gelaran keseluruhan kelas elit itu pada musim 2018 dan 2019.

"Syukur ini adalah rezeki saya untuk bergelar juara sekali lagi. Terima kasih kepada pasukan, Petronas Sprinta Yamaha - CKJ Racing yang bekerja keras serta krew yang sentiasa mencari jalan untuk memaksimakan prestasi jentera saya. Apa yang kami sasarkan sudah pun tercapai," katanya.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 02

Mengikut statistik, Afif yang menamatkan perlumbaan di Sepang di tangga keenam sudah menaiki podium sebanyak enam kali termasuk tiga kemenangan di pusingan pertama, kedua dan kelapan.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 03

Md Shafiq Rasol

Selain kelas CP150, gelaran keseluruhan kelas CP125 juga sudah mempunyai pemilik tanpa menunggu pusingan akhir iaitu Md Shafiq Rasol daripada pasukan OneXOX TKKR Racing Team.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 04

Gelaran itu turut disahkan oleh Md Shafiq di Sepang sekalipun dia hanya meraih tempat kedua apabila pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Md Hafiza Rofa gagal menamatkan perlumbaan.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 05

Md Adam Haikal Jahar

Turut cemerlang menoktahkan kejuaraan lebih awal adalah Md Adam Haikal Jahar dalam kelas Wira KBS. Selepas sembilan pusingan, Md Adam daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha - 31 Racing itu mengumpul keseluruhan 177 mata.

Pencabar terdekat yang juga rakan sepasukannya, Md Syamil Amsyar Md Iffende ketika ini hanya mengumpul 149 mata dengan seorang lagi pelumba pasukan sama, Md Danish Aiman Zamrul ketiga keseluruhan dengan 145 mata.

Gelaran 'Raja kapcai', juara keseluruhan Cub Prix 2022 kembali kepada Yamaha, Afif Amran sahkah 'takhta' di Sepang! 06

Perlumbaan pusingan ke-10 dan terakhir Cub Prix 2022 dijadual berakhir di litar Stadium Batu Kawan pada 3 dan 4 Disember ini.

Juga baca: Kejuaraan keseluruhan Cub Prix musim 2020 milik Helmi Azman, Syafiq Rosli dan Nabil Razu!

Juga baca: Azroy Hakeem pastikan kejuaraan CP150 2021 kekal milik Honda!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda