window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk!

Zamil Syaheer · Jun 5, 2022 08:00 PM

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 01

Gelombang haba kini berada pada tahap tertinggi di Malaysia, dan bukan sahaja penggunaan penghawa dingin meningkat 2-3 kali ganda, malah anda mendapati bahagian anatomi anda yang tak pernah berpeluh pun boleh basah. Aiseyman…

Gelombang haba semasa juga bermakna kereta anda yang diletakkan di bawah matahari boleh menjadi seperti ketuhar bersaiz besar jika dibiarkan di bawah matahari. Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kabin daripada menjadi panas dan salah satunya adalah dengan pelindung matahari (sunshade) walaupun ada segelintir yang masih ragu-ragu jika ianya berkesan.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 02

Jangan biarkan kereta anda diletakkan di bawah matahari tanpa pelindung matahari.

Jawapannya – ya, ia berkesan. Ada yang merekodkan perbezaan sehingga 15 darjah Celsius pada beberapa bahagian interior tertentu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sini, kami akan menyelidiki butiran lanjut bagaimana ia berfungsi dan perkara lain yang boleh anda lakukan untuk memastikan kabin kereta anda sejuk jika anda meletakkannya di bawah matahari.

Pelindung matahari telah wujud selama bertahun-tahun dan berfungsi berdasarkan sains asas. Ia hanya memantulkan sinaran suria matahari dan sinaran UV berbahaya atau menyerapnya. Ya, ‘tinted’ yang baik dan berkualiti berkesan tetapi menambah pelindung matahari pada sekurang-kurangnya cermin depan meningkatkan jumlah sinaran suria dan UV yang dipantulkan atau diserap.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 01

'Tinted' yang elok akan membantu tetapi pelindung matahari melengkapkan lagi faedahnya.

Sebahagian besar haba diserap oleh papan pemuka dan tempat duduk anda, menyebabkan suhu meningkat di dalam kabin. Bergantung pada jenis pelindung matahari yang anda miliki, ia memantulkan sinaran atau menyerap yang menembusi kaca. Tak kisah mana sekalipun, ia akan menghalang bahagian interior daripada menyerap haba berlebihan.

Antara dua pelindung matahari, jenis reflektif paling biasa digunapakai. Ia mempunyai permukaan berkilat dan memantulkan sinar sebelum ia memasuki kabin.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 02

Ya, ini bukan yang paling sesuai tetapi kami mendapatnya secara percuma.

Bagi yang jenis penyerap pulla, ia berkemungkinan besar mempunyai beberapa reka bentuk menarik atau nama syarikat yang selalu diberi secara percuma. Selain itu, ia mempunyai lapisan yang lebih tebal.

Walau apa pun, bahagian yang menghadap ke dalam akan sentiasa hitam. Adalah penting untuk diingat bahawa tidak kira jenis pelindung matahari yang digunakan, anda harus memasangnya dengan bahagian hitam menghadap ke dalam (melainkan arahan menyatakan sebaliknya).

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 03

Perhatikan bagaimana tidak banyak cahaya yang masuk ke dalam kabin. Banyak beza oh...

Pelindung matahari juga ada dalam pelbagai saiz dan bentuk. Sebaiknya, carilah pelindung matahari yang khusus untuk jenis kenderaan anda bagi mendapatkan kesesuaian yang terbaik. Sekiranya ia dapat menyekat semua cahaya daripada menjalar masuk, lebih sejuk kabin anda.

Selain daripada mengekalkan dalaman yang sejuk dan lebih menyenangkan apabila anda melompat masuk semula, ia juga boleh membantu mencegah kerosakan UV pada bahagian dalam. Kulit dan plastik tertentu tidak bertindak balas dengan baik terhadap suhu terik di negara kita. Sinaran UV boleh menyebabkan sesetengah bahagian dalam mengalami keretakan (terutamanya kulit) atau merubah warna papan pemuka atau tempat duduk serta trim plastik yang cair.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 04

Turunkan sedikit tingkap anda jika anda mempunyai visor tingkap atau hujan akan masuk.

Dalam sesetengah kes, bergantung kepada bahan yang digunakan di dalam kabin, permukaan tertentu boleh mencecah sehingga 90 darjah Celsius. Mengelakkan suhu kabin daripada meningkat akan membantu dalam memelihara bahagian dalam kereta anda.

Tambahan pula, semakin rendah suhu kabin anda, semakin sedikit masa yang diperlukan untuk penghawa dingin anda untuk menyejukkan bahagian dalam kereta. Anda juga dapat menjimatkan bahan api tambahan.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 05

Bukaan yang kecil akan membolehkan udara panas keluar.

Jika anda tidak dapat memperoleh pelindung matahari secara percuma, anda boleh menemui banyak untuk dijual dalam talian antara RM 10 sehingga RM 80 atau lebih untuk yang khusus.

Selain pelindung matahari, sebahagian daripada kami di pejabat juga suka membiarkan tingkap direndahkan sedikit apabila parkir di bawah cahaya matahari.

Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini hanya disyorkan jika anda mempunyai visor tingkap yang akan menghalang hujan daripada masuk kerana cuaca kita tidak menentu.

Gelombang haba: Sunshade menghalang penuaan pramatang bahagian dalam kereta anda, serta lebih sejuk! 06

Dengan menurunkan sedikit tingkap dan meninggalkan sedikit jurang di bahagian atas, sebahagian udara panas di dalam kabin boleh keluar melalui laluan itu dan seterusnya menghalang suhu daripada naik.

Jadi, begitulah kawan-kawan. Pelindung matahari memang membantu dalam cuaca panas terik ini dan jika anda mempunyai visor tingkap pada kereta anda, turunkan sedikit tingkap untuk membiarkan udara panas keluar untuk keberkesanan tambahan.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda