window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geng moto 'dipaksa' solat Maghrib berjemaah sementara ditahan, siap tazkirah!

Mersita · Mar 2, 2021 05:00 PM

Geng moto 'dipaksa' solat Maghrib berjemaah sementara ditahan, siap tazkirah! 01

Seperti kita sedia maklum, pihak berkuasa sedang menjalankan Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising) dan sasaran operasi ini ialah golongan motosikal dengan ekzos bising.

Susulan itu, satu penahanan dibuat di Tanah Merah, Kelantan membabitkan 11 pesalah jalan raya berusia antara 14 hingga 20 tahun pada petang semalam. Tapi, yang menariknya kali ini ialah mereka ‘dipaksa’ menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, siap ada tazkirah lagi! Pengisian tazkirah tak dapat dipastikan, namun kami rasakan ia penuh dengan nasihat berguna bagi geng moto ini.

Geng moto 'dipaksa' solat Maghrib berjemaah sementara ditahan, siap tazkirah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, tindakan itu dilakukan sebaik mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah setelah ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam satu operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.

"Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.

"Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Geng moto 'dipaksa' solat Maghrib berjemaah sementara ditahan, siap tazkirah! 01

Operasi yang dijalankan petang semalam berjaya menyita 9 buah motosikal dan sebanyak 30 saman dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan, majoritinya kesalahan tidak memakai topi keledar. Semua pesalah yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.

Sumber berita: Harian Metro

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda