window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'!

Khairil ยท Apr 6, 2022 06:00 PM

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 01

Geng motosikal yang menyamun dan memukul seorang pemandu peribadi di Shah Alam yang video mengenai jenayah itu tular dan mencetus kemarahan masyarakat sedang giat diburu polis.

Seperti babak dalam filem gangster, video berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki bermotosikal secara beramai-ramai memukul dan kemudian turut melarikan motosikal mangsa. 

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Polis dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang U13 Setia Alam pada Ahad lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by The Viral (@theviral_my)

Memetik laporan Kosmo!, kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi ketika mangsa merupakan seorang lelaki menunggang motosikal seorang diri di lokasi berkenaan.

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 01

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam di mata dan pipi dan luka pada kedua-dua belah tangan kerana dipukul termasuk menggunakan topi keledar.

Selain kecederaan, telefon bimbit mangsa daripada jenis Huawei Nova 4 dan dompet yang mengandungi dokumen penting serta wang RM 50 turut disamun.

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 02

Lebih mencetuskan berang, motosikal mangsa turut dibawa lari oleh geng berkenaan dengan apa yang menimpa mangsa dilaporkan isterinya sejurus kejadian, kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 03

Susulan kes jenayah berkenaan, Mohd Iqbal berkata polis dalam usaha mengesan kumpulan suspek dan punca kejadian masih dalam siasatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Geng motosikal samun, pukul pemandu diburu polis, jangan 'beri muka'! 04

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Saiedayu di talian 03-5520 2222.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda