window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah!

Khairil ยท Sep 24, 2021 05:00 PM

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah! 01

Melakukan aksi merbahaya termasuk 'superman' dan 'zig zag' di atas lebuhraya. Itu antara tindakan merbahaya dilakukan sekumpulan individu yang menunggang motosikal 'hangat' Yamaha RX-Z yang menyaksikan mereka diburu polis dan dicekup.

Memetik laporan Harian Metro, polis mendapati kesemua individu berusia 21 hingga 34 tahun itu berlumba dari Kilometer 263 hingga Kilometer 266.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara.

Juga baca: 'Merempit' di malam ambang Merdeka, 'Superman' antara ditahan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah! 01

Dalam kejadian pada malam Rabu lalu, kesemuanya dikesan melakukan pelbagai aksi merbahaya di atas motosikal dan bersaing sesama sendiri.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, aksi yang dilakukan kumpulan penunggang motosikal itu merbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah! 02

"Susulan itu, pada 12.20 tengah malam (hari sama), suspek pertama ditahan di hadapan rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor, manakala suspek kedua pula ditahan Taman Bangi Indah, Bangi Lama, Kajang, 30 minit kemudian.

"Suspek ketiga berjaya ditahan di hadapan rumah di Taman Bangi Indah manakala suspek keempat ditahan di Bandar Seri Putra, Kajang.

Juga baca: Polis keluar 896 saman, sita 19 motosikal dalam operasi JSPT KL, hujung minggu lalu!

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah! 03

"Sementara tiga lagi suspek ditahan di sebuah bengkel motosikal di Jalan Bangi Lama, Kajang dan mereka dibawa ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban untuk tindakan," katanya.

Memetik laporan Sinar Harian, polis turut menyita kesemua motosikal yang digunakan iaitu enam Yamaha RXZ dan satu Yamaha Y15ZR.

Geng Yamaha RX-Z bikin 'onar' di lebuhraya tumpas, polis buru sampai rumah! 04

Lebih mengejutkan, hasil siasatan mendapati kumpulan penunggang itu dalam perjalanan pulang selepas singgah di sebuah restoran roti John di Seremban, Negeri Sembilan yang sekaligus melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 34 saman dikeluarkan.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda