window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi?

Mersita · Aug 12, 2022 07:00 PM

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi? 01

Pengunjung Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022 berpeluang menyaksikan debut dua model menarik iaitu Toyota bZ4X dan Lexus RX 2023 generasi terbaru – menandakan kehadiran kali pertama bZ4X di Indonesia dan pelancaran RX serba baru di Asia.

Pengenalan SUV elektrik keluaran Toyota di pameran yang berlangsung sejak semalam itu merupakan kemunculan keduanya di ASEAN, setelah ia dipamerkan di Bangkok Motor Show 2022 pada Mac 2022.

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan rakan kami di AutoFun ID, Vice President Director PT Toyota-Astra Motor (TAM) Henry Tanoto berkata, kehadiran bZ4X menjadi bukti komitmen Toyota dalam mendukung matlamat kerajaan Indonesia untuk mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau dan mempercepatkan penerimaan kenderaan elektrik (EV) di republik itu.

Juga baca: UMWT kini mempunyai 3 pengecas pantas DC dipasang di HQ mereka - siap sedia untuk Toyota bZ4X EV?

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi? 01

Toyota bZ4X di ruang pameran PT Toyota Astra Motor (TAM)

Memandangkan bZ4X kini telah membuat kemunculan keduanya di GIIAS 2022, adakah ia akan dilancarkan di Indonesia terlebih dahulu? Walaupun hal ini belum dapat dipastikan, model SUV elektrik pertama Toyota ini dijangka akan dilancarkan di Thailand menjelang akhir 2022 dan bakal menjengah ke Malaysia seawal tahun 2023.

Juga baca: Bakal ke Malaysia, Toyota bZ4X kini dipamerkan di Bangkok Motor Show terlebih dahulu!

Debut di Asia, Lexus RX generasi terbaru hadir di GIIAS 2022

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi? 02

Debut kenderaan dielektrifikasikan di GIIAS 2022 semalam dihangatkan lagi dengan pelancaran rasmi Lexus RX 2023 generasi terbaru – datang dalam tiga varian sekaligus iaitu Lexus RX Gasoline, PHEV, dan HEV.

Lexus RX serba baru ini menerima pelbagai perubahan pada rupa bentuk luaran, ruang kabin, teknologi serta kelengkapannya. Untuk kali ini, ia membawa falsafah Lexus Driving Signature yang diasaskan oleh platform TNGA buat kali pertama dalam sejarah model ini.

GIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi? 03

Juga baca: Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali!

Menurut AutoFun ID, TAM mendedahkan bahawa Lexus Indonesia ketika ini sedang mempersiapkan All New Lexus RX untuk segera dipasarkan di sana dalam waktu terdekat, namun harga jualannya masih belum dapat dipastikan.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Secara amnya, SUV mewah Lexus yang baru ini pula dijangka akan mendarat di Malaysia sekitar pertengahan tahun 2023.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota bZ4X Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia