window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Khairil ยท Jun 2, 2021 07:00 PM

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 01

Aprilia menerusi pengedarnya di Malaysia, Didi Resources Sdn Bhd sememangnya cukup aktif pada tahun 2021. Selepas membawa masuk Aprilia RS660 2021 sekitar Mac lalu, tiba giliran model bergaya 'naked', Aprilia Tuono 660 2021 membuat penampilan.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Bagi model Aprilia Tuono 660 2021, harga yang ditawarkan adalah RM 77,900 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan) bersama satu pilihan warna saja iaitu Concept Black.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 01

Tidak seperti Aprilia RS660 yang mempunyai karektor sebuah jentera 'Sportbike', Aprilia Tuono 660 adalah sebuah jentera yang mempunyai watak 'naked' sekalipun masih datang fairing penuh.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 02

Ia berikutan kedudukan handlebar motosikal berkenaan yang lebih tinggi bersama dengan posisi tunggangan yang juga lebih tinggi dan menegak.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

Dari sudut spesifikasi mekanikal, Aprilia Tuono 660 2021 menggunakan spesifikasi yang sama seperti Aprilia RS660 2021 dengan talaan yang berbeza.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 03

Kuasanya dijana enjin bersesaran 659 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, 4 Injap per silinder yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 04

 

Begitupun, kuasa yang dihasilkan 'kurang liar' iaitu pada tahap 95 Hp pada 10,500 rpm dengan tork 67 Nm pada 8,500 rpm berbanding 100 Hp pada 10,500 rpm dan 67 Nm tork pada 8,500 rpm bagi RS 660 2021. Sistem klacnya juga datang dengan sistem canggih Aprilia Quick Shift (AQS).

Sekalipun kuasa yang dihasilkan kurang, begitupun Aprilia mendakwa 'final drive' untuk Tuono 660 yang lebih pendek dapat menghasilkan maklum balas serta pecutan lebih baik.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 05

Seperti Aprilia RS 660 2021, sistem elektronik yang dipadankan kepada Aprilia Tuono 660 juga mengagumkan.

Menggunakan sistem tunggangan Ride-by-Wire, ia turut turut dipadankan dengan pakej canggih seperti sistem kawalan traksi ATC (Aprilia Traction Control), AWC (Aprilia Wheelie Control), ACC (Aprilia Cruise Control), AQS (Aprilia Quick Shift), AEB (Aprilia Engine Brake), AEM (Aprilia Engine Map) dan Cornering ABS.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 06

Ia turut memiliki lima mod tunggangan iaitu tiga untuk jalan raya (Commute, Dynamic, Individual) dan dua mod (Challenge, Time Attack) untuk beraksi di litar.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 07

Untuk paparan kluster instrumen digital, ia datang dengan warna penuh TFT bersama sistem Aprilia MIA bagi sambungan ke telefon pintar.

Di bahagian roda, ia menggunakan sistem suspensi fork terbalik (USD) boleh laras 41 mm di bahagian depan dan monoshock boleh laras jenis spring prabeban dan lantunan balik di belakang.

Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900! 08

Sistem brek pula adalah dari jenama Brembo dengan brek cakera 320 mm dengan kaliper radial 4-piston di bahagian depan dan brek cakera 220 mm dengan kaliper 2-piston Brembo di bahagian belakang. Menarik bukan? Sudah semestinya.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda