window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i?

Khairil ยท Mar 21, 2021 10:00 AM

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i? 01

Tepat pada 1 Januari lalu, Benelli Malaysia menyiarkan video 'teaser' di laman rasmi Facebook mereka mengenai kehadiran sebuah model baharu yang berkemungkinan besar pengganti kepada 'Super moped' RSF150i pada suku pertama tahun ini.

Dalam video pendek berkenaan, ia memaparkan dengan jelas imej lampu depan sebuah model yang sememangnya mirip motosikal yang sebelum ini gambarnya tertiris sebagai generasi baharu RSF150i.

Bersama tanda pagar #intheblinkofaneye, teaser yang dibuat oleh Benelli Malaysia jelas mengujakan dan menjadi bualan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Begitupun sehingga kini, tiada sebarang khabar berita mengenainya dan ketika suku pertama 2021 hampir menuju penghujung, Benelli Malaysia akhirnya mengesahkan mereka akan melancarkan sebuah model baharu pada 11 April ini.

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i? 01

Namun tiada gambaran mengenai sebarang model motosikal pada imej teaser terbaharu itu dan ia hanya memaparkan gambar sebuah kontena bersama tarikh pelancaran berkenaan.

Tetapi menariknya, tanda pagar yang digunakan tampak senada dengan teaser awal daripada Benelli Malaysia iaitu #intheblinkofaneye.

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i? 02

Berdasarkan tanda pagar #InTheBlinkOfAnEye itu juga, ia menguatkan menjangkakan model baharu itu bakal lebih berkuasa terutama penggunaan enjin yang melebihi sesaran 150 cc.

Malah kami di WapCar pernah menulis artikel mengenai model baharu ini yang berkemungkinan menggunakan enjin bersesaran lebih besar berdasarkan carian yang dibuat di laman Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Menerusi carian itu, kami mendapati bahawa tanda nama R18i sudah pun didaftarkan oleh Benelli sekaligus menguatkan model moped terbaharu jenama berkenaan bakal lebih berkuasa iaitu 180 cc.

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i? 03

Selepas pelancaran Super moped terbaharu Yamaha, Y16ZR yang hadir pada harga RM 10,888, semalam, perkhabaran ini bakal meningkatkan persaingan dalam segmen super moped tempatan.

Selain Y16ZR, antara pesaing dalam segmen sama ialah Y15ZR, Honda RS150R dan SYM VF3i 185.

Giliran Benelli Malaysia lancar model baharu 11 April ini! Pengganti RSF150i? 04

Sebagai info, pelancaran model terbaharu Benelli Malaysia itu akan mengikut norma baharu dan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Benelli Malaysia dan laman YouTube MForce TV.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda