window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k!

Khairil · Mar 28, 2023 03:00 PM

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 01

Kawasaki Indonesia jelas tidak mahu ketinggalan apabila mengumumkan ketibaan 'Sportsbike’ 4 'dapur' terbaharu jenama itu semalam dan menariknya, hadir dengan varian paling tinggi, Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023).

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 02

Justeru, Indonesia menjadi negara Asia Tenggara kedua selepas Thailand memperoleh motosikal yang berjaya mencetus sensasi itu dan dijual pada harga cukup 'gegar jiwa' Rp 239.9 juta (RM 69,868). 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 01

Dan dengan tanda harga seperti itu, kira-kira dua kali ganda berbanding Kawasaki Ninja ZX-25R, Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023) itu ditawarkan dalam unit terhad, 40 unit seluruh Indonesia.

Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-4RR KRT Edition (2023) debut di AS, 79.1 Hp, harga pengenalan RM 41k!

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 02

Membuat debut global di Amerika Syarikat sebelum menjengah pasaran Eropah diikuti beberapa lagi pasaran termasuk Thailand, Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023) boleh digambarkan sebagai 'abang' kepada ZX-25R menerusi rekaan asasnya.

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 03

Sebagai info, Malaysia masih lagi menunggu kehadiran Kawasaki Ninja ZX-25R yang mungkin dijenamakan semula sebagai Modenas Ninja ZX-25R (2023) dengan pelancaran dijadual suku ketiga tahun ini.

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 04

Berbalik kepada Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), ia dijana enjin bersesaran 399 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan klac 'cable-actuated slip/assist'.

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 05

Sistem 'Quickshifter - dual direction' turut datang secara standard sama seperti varian SE di Thailand.

Mengulas angka kuasa, tanpa menggunakan teknologi 'Ram Air', motosikal ini menghasilkan 76.4 Hp namun menggunakan sistem berkenaan, ia menghamburkan 79.1 Hp pada 15,000 rpm dan tork 35.25 NM pada 11,000 rpm.

Juga baca: Kawasaki Ninja ZX-4R (2023) debut di Thailand, 2 varian, harga mula RM 41.5k!

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 06

Sebagai antara model terbaharu Kawasaki, Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023) yang menggunakan sistem 'ride by wire' turut dipadankan dengan pakej elektronik termaju antaranya sistem ‘traction control’ KTRC (tiga tetapan) selain memiliki empat mod menunggang (Sport, Road, Rain dan Rider).

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 07

Kesemua tetapan boleh dilaras menerusi panel meter TFT digital berwarna 4.3-inci yang turut memiliki sambungan ke telefon bimbit menerusi aplikasi Kawasaki Rideology. Sebagai varian 'RR' juga, ia datang dengan penghadang angin gelap.

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 08

Sistem suspensi yang digunakan juga berbeza berbanding varian 'R' iaitu penggunaan fork jenis terbalik (USD) Showa SFF-BP 37mm boleh laras dan penyerap hentak tunggal Show BFRC Lite juga dengan ciri boleh laras (belakang). 

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 09

Sistem henti menggunakan brek cakera berkembar bersaiz 290 mm dengan kaliper radial 4 pot (depan) dan cakera tunggal 220 mm bersama kaliper 2 pot lengkap dengan 'subtank' (belakang). 

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 10

Informasi penting lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 15 liter, ketinggian pelana 800 mm, jarak lega bumi 135 mm dan set roda bersaiz 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang).

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 11

Menurut Kawasaki Indonesia, unit yang dijual terhad kerana ia diimport daripada negara jiran, Thailand.

Giliran Indonesia dapat Kawasaki Ninja ZX-4RR (2023), terhad 40 Unit, RM 69.8k! 12

Sebagai model yang datang dengan huruf 'R' berganda, hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu 'Lime Green' yang merupakan warna khas pasukan lumba Kawasaki, Kawasaki Racing Team (KRT) yang mengambil inspirasi daripada WSBK.

Juga baca: Modenas Ninja ZX-25R bakal buat 'debut' pertengahan tahun ini, harga menghampiri RM 35k?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda