window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Perodua Kembara pula naik harga, kini cecah RM 18k untuk 'SUV' 4x4 pertama Malaysia!

Haris · Jun 22, 2022 10:00 AM

Giliran Perodua Kembara pula naik harga, kini cecah RM 18k untuk 'SUV' 4x4 pertama Malaysia! 01

Trend membaik pulih dan menyimpan kenderaan lama telah memaksa beberapa model klasik naik harga. Sebelum ini model seperti Proton Arena, Proton Juara dan Perodua Kelisa telah mengalami peningkatan harga yang tak sepadan dengan usianya, kini nampaknya tiba giliran Perodua Kembara.

Model Perodua Kembara adalah model SUV segmen A (berdasarkan segmen moden) yang dijual sekitar tahun 1998 sehingga 2007. Ia menggunakan enjin 1.3 liter dengan pacuan 4 roda yang menjadikannya model pacuan 4 roda (4x4, 4WD) yang pertama keluaran Malaysia.

Giliran Perodua Kembara pula naik harga, kini cecah RM 18k untuk 'SUV' 4x4 pertama Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Kosmo, Perodua Kembara pernah mengalami pasang surut harganya. Hal ini kerana, 10 tahun lalu ia dipandang sepi lantas menurunkan harganya pada sekitar RM 3k sahaja. Di tambah dengan reputasi 'underpower' yang dialami Perodua Kembara, pengguna tidak begitu cenderung terhadap SUV ini.

Namun kehadiran media sosial mengubah segala-galanya. Perodua Kembara hari ini senyap-senyap menjadi buruan semula sehinggakan harga yang ditawarkan mencecah RM 18k dan ada yang boleh pergi lebih tinggi lagi, berdasarkan tinjauan di portal jual beli kenderaan.

Baca: Review Pemilik: Perodua Kembara DVVT saya bukannya SUV 4WD kompak manja-manja, ya!

Giliran Perodua Kembara pula naik harga, kini cecah RM 18k untuk 'SUV' 4x4 pertama Malaysia! 01

“Buat masa ni banyak lagi di pasaran, bukan sukar nak cari tapi harga dah mula mahal jika dibandingkan sebelum ini.

"Kalau dulu orang kata Kembara kuat makan minyak, itu sebab jatuh murah. Tapi sekarang harga dah naik,” kata Zulfaiezi.

Tipikal Perodua, ia mudah untuk diselenggara dan masih boleh mendapatkan alat ganti. Hal ini juga menyumbang kepada peningkatan minat terhadap model ini.

“Memang harga Kembara tinggi sekarang, siapa yang ada tu simpan dan baik pulih semula. Jaga khazanah negara tu, ” jelas Ahmad Faizu.

Baca: Perodua Kembara, mencetus minat untuk SUV di Malaysia dari 22 tahun lalu

 

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda