window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul?

Khairil ยท May 12, 2021 12:00 PM

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 01

Seperti dua pasaran utama motosikal dunia iaitu Thailand dan Indonesia, pasaran Vietnam menerima kehadiran Yamaha MT-15 jauh lebih awal berbanding Malaysia.

Juga baca: Yamaha MT-15 2021 dapat kemaskini warna di Thailand, lebih garang, menarik

Justeru, kemaskini terhadap jentera 'Naked' berkenaan di pasaran negara itu juga lebih awal dan beberapa hari lalu, Yamaha Motor Vietnam mengumumkan sedikit pembaharuan terhadap model berkenaan menerusi pilihan warna baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 01

Blue

Pilihan warna baharu yang jelas lebih menarik itu adalah Blue, Red Gray, Black. Bagi pilihan warna Blue, kombinasi warna rim juga adalah biru manakala Red Grey (Jingga) dan Black pula adalah hitam.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 02

Red Grey

Harga jualan yang ditetapkan untuk model berkenaan pula seperti yang tertera di laman web Yamaha Motor Vietnam adalah sebanyak VND 69,000,000 iaitu kira-kira RM 12,315.

Juga baca: Yamaha MT-15 (2021) dapat dua pilihan warna baru di Indonesia, harga RM 10,550!

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 03

Black

Seperti yang diperkatakan lebih awal, hanya kemaskini kosmetik diberikan bagi versi 2021 ini dengan tiada perubahan dari sudut reka bentuk yang masih lagi dilihat belum dimamah waktu.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 04

Justeru dari sudut spesifikasi mekanikal, Yamaha MT-15 2021 masih dikuasakan enjin bersesaran 155 cc, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC, Penyejuk Cecair.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 05

Enjin yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem Assist & Slipper Clutch itu berupaya menghasilkan kuasa 19.3 PS pada 10,000 rpm dengan tork 14.7 Nm pada 8,500 rpm.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 06

Menurut Yamaha Motor Vietnam, kelajuan yang boleh dicapai oleh jentera naked aras mula ini adakah selaju 130 kmj.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 07

Antara ciri-ciri menarik lain adalah panel meter digital LCD penuh, lampu depan dan lampu belakang LED, fork depan jenis terbalik (USD), brek cakera depan dan belakang serta kapasiti tangki bahan api 10 liter.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 08

Di Malaysia, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan MT-15 di pasaran tempatan pada November tahun lalu pada harga asas RM 11,988 beserta dua pilihan warna 'lama' iaitu Ice fluid dan Yamaha Blue.

Juga baca: Yamaha MT-15 2020 umum harga rasmi RM 11,988

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 09

Dengan naiktaraf yang diberikan kepada beberapa negara jiran itu, pengguna di Malaysia juga dilihat berminat untuk mendapatkan kemaskini serupa bagi model sama kerana ia sememangnya menarik.

Giliran Vietnam dapat kemaskini warna bagi Yamaha MT-15 2021. Malaysia menyusul? 10

Tapi buat masa sekarang, sabar dan tunggu sajalah pengumuman dari syarikat berkenaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda