window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports!

Khairil · Jun 2, 2023 02:00 PM

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 01

Givi, syarikat pengeluar aksesori motosikal terkemuka Itali mengumumkan kepulangan semulanya dalam arena perlumbaan kapcai popular tempatan, Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 selaku penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports.

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 02

Berlangsung secara sederhana di ibu pejabat AHM Motorsports, pelancaran pasukan berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Urusan Givi Asia, On Hai Swee dan pengasas AHM Motorsport, Kenny Chua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 01

Jika melihat kepada sejarah, Givi memang tidak asing dengan dunia permotoran. Malah pengasas Givi iaitu Giuseppe Vicenzi adalah bekas pelumba motosikal bertaraf dunia.

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 02

"Selaku penaja utama buat pasukan ini, kami sangat berbesar hati serta yakin dan percaya bahawa penajaan dan kolaborasi ini mampu meningkatkan lagi jenama Givi itu sendiri khususnya buat peminat dunia sukan permotoran dan penunggang motosikal secara umumnya," kata Hai Swee.

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 03

"Pelbagai usaha dan masa yang banyak dilaburkan untuk menghasilkan jenama yang kukuh dan berbeza, sesuai dengan nilai dan visi kami. Kami percaya ianya mampu menyerlahkan identiti kami dengan berkesan kepada peminat dan pihak berkepentingan."

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 04

Kenny dalam pada itu berkata tahun 2023 menjadi detik amat bermakna buat pasukannya, Tekhne Yamaha AHM Motorsports kerana dapat berkolaborasi bersama jenama antarabangsa seperti Givi.

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 05

"Selaku penaja utama buat pasukan ini, kami berharap rancangan penjenamaan ini dapat menarik minat dan melatih lebih ramai anak muda dalam bidang sukan permotoran ini," katanya.

Givi kembali ke kejuaraan Cub Prix, jadi penaja utama pasukan Givi Tekhne AHM Motorsports! 06

Sebagai info, Kejuaraan Petronas Malaysia Cub Prix 2023 sudah berlangsung sebanyak tiga pusingan musim ini dan dijadual menutup tirai di Batu Kawan, Pulau Pinang pada November. 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda