window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas

Mersita · May 28, 2021 07:00 PM

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 01

Bagi menyokong usaha program vaksinasi COVID-19, GoCar akan menyediakan bantuan pengangkutan menerusi program GoVax khas untuk orang awam yang perlu hadir janji temu vaksinasi COVID-19.

GoVax bertujuan untuk menyediakan alternatif yang selamat dan percuma untuk perjalanan pergi balik ke pusat vaksinasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang. Kod promo “GOVAX” boleh digunakan bagi tujuan janji temu vaksinasi dengan tawaran penggunaan kenderaan selama tiga jam secara percuma. Maklumat lanjut di bawah.

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain dari itu, GoVax juga ditubuhkan untuk membantu warga emas dan golongan kurang upaya yang tinggal di daerah Petaling dengan menyediakan khidmat pengangkutan pergi-balik secara percuma ke pusat vaksinasi seperti di Hospital Shah Alam, Klinik Rakan Medik Petaling Jaya dan Sunway Pyramid Convention Centre.

Perkhidmatan pengangkutan percuma ini memberi keutamaan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan individu kurang upaya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri atau sukar mengakses pengangkutan awam.

Namun, mereka yang memiliki masalah mobiliti perlu ditemani oleh seseorang yang berpengalaman, sama ada penjaga, rakan atau ahli keluarga.

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 01

Untuk menempah perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

Langkah 1: Pastikan temu janji vaksinasi telah disahkan oleh kerajaan. Notifikasi akan diberi menerusi aplikasi MySejahtera dan SMS

Langkah 2: Hubungi pasukan GoVax sekurang-kurangnya tiga hari sebelum temu janji vaksinasi dengan menelefon hotline 24/7 di talian 1 300-30-2633. Slot adalah terhad dan akan diberi berdasarkan kepada siapa cepat, dia dapat. Anda akan diminta untuk memberikan nama, nombor IC, nombor telefon bimbit dan alamat bagi tujuan pengesahan serta koordinasi lokasi

Langkah 3: Individu daripada pasukan GoVax akan menghubungi anda untuk mengesahkan masa perkhidmatan pengangkutan percuma berdasarkan kepada slot yang ada

Langkah 4: Bersedia sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masa anda dijemput bersama kad pengenalan dan telefon pintar sebagai bukti pengesahan temu janji vaksinasi

Langkah 5: Ulang langkah 1-4 untuk temu janji kedua vaksinasi anda

Mereka yang sudah menerima suntikan vaksin pertama layak untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax bagi suntikan kedua – cuma ikuti langkah 1 hingga 4 untuk menempah. Slot adalah terhad.

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 02

Perkhidmatan pengangkutan percuma GoVax boleh didapati mulai sekarang hingga 31 Ogos 2021.

Cara menebus kod promo “GOVAX”

Kod promo “GOVAX” menawarkan penggunaan percuma untuk tiga jam pertama dan hanya sah bagi tempahan pergi balik di antara 11 Mei hingga 31 Julai 2021. Tempahan juga mestilah dibuat minimum tujuh jam lebih awal.

Ahli GoCar boleh menebus tawaran ini (tidak termasuk SST) dengan hanya menaip “GOVAX” pada ruangan “Apply Promo Code” di dalam aplikasi mudah-alih GoCar sebelum keluar.

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 03

Bagi yang tidak mempunyai keahlian GoCar perlu mendaftar terlebih dahulu dengan memuat turun aplikasi mudah-alih GoCar. Yuran keahlian sebanyak RM 20 (tidak dikembalikan) akan dikenakan untuk tempahan pertama.

Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berusia 18 hingga 75 tahun yang mempunyai:

1. Lesen memandu P / lesen memandu penuh yang sah / Permit Memandu Antarabangsa 

2. Kad Kredit / Debit

3. Nombor telefon Malaysia / Singapura / Indonesia

GoCar tawar GoVax, pengangkutan percuma untuk janji temu vaksin warga emas 04

Usah risau, semua aspek kebersihan dan sanitasi dijaga dengan baik oleh GoCar setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai GoCar dan program CSR GoVax, muat turun aplikasi mudah-alih GoCar atau layari laman sesawang ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda