window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya?

Haris · Jun 26, 2020 07:00 PM

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 01

Jika anda membaca artikel ini, sudah tentulah anda merupakan salah seorang peminat kereta. Adakah anda masih mengingati apakah yang memupuk minat anda dalam arena permotoran ini? Berapakah usia anda ketika anda mula meminati kereta?

Bagi saya, momen tersebut terjadi ketika sebuah BMW E24 M635CSi berwarna perak berhenti di sebelah Proton Saga ayah saya. Saya berumur 5 tahun tetapi masih kesemuanya masih jelas dalam fikiran saya.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kali kedua adalah ketika ayah saya memandu di Lebuhraya Utara Selatan yang baru. Saya sedang tidur ketika ayah saya berteriak kepada saya untuk bangun, menyuruh saya melihat Porsche yang menerpa dari arah belakang.

Sebelum saya sempat bertanyakan apa model Porsche itu, sebuah Porsche 911 berwarna putih melewati kami dan menghilang ke kaki langit. Ini adalah pertemuan pertama saya dengan model terbaik dari Stuttgart itu. Selepas itu, saya mempunyai sebuah model diecast Porsche 911 berwarna putih di sebelah katil saya.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 01

Saya yakin kisah anda lebih kurang sama - ada kereta yang meninggalkan kesan mendalam kepada anda semasa kecil, pemandu / pemilik yang memberi inspirasi kepada anda dan orang yang mendorong anda untuk meneruskan minat tersebut.

Namun, pengalaman seperti itu tidak lagi boleh difahami oleh golongan milenial. Jika anda berpijak pada realiti, minat terhadap kereta sudah pun berkurangan.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 02

Berdasarkan statistik di atas, golongan muda semakin kurang mengambil lesen di 3 buah negara pengeluar kereta yang terbesar - US, Jepun dan Jerman.

Jerman terkenal dengan budaya kereta mereka. Misalnya lebuh raya Autobahn tanpa had laju dan bandar yang diasaskan industri permotoran seperti Munich, Stuttgart, Ingolstadt, Wolfsburg dan Weissach. Hakikatnya, anak muda Jerman tidak lagi mendambakan sebuah BMW.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 03

Bagi mereka, mendapatkan lesen memandu adalah rumit dan bukan suatu keperluan serta menyelenggarakan kereta adalah perangkap kewangan. Jadi kenapa nak bersusah payah untuk memiliki kereta? Jaringan pengangkutan awam dan aplikasi perkongsian kereta kan ada.

Bukan itu sahaja, trend yang sama turut dirasai di seluruh Jepun dan US.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 04

Oleh itu, apakah yang membawa kepada trend yang membimbangkan ini? Isu ini kebanyakannya dikaitkan dengan kelemahan kuasa membeli generasi sekarang yang tidak dihadapi oleh generasi Baby boomers dan X. Selain itu, ada yang mengatakan ia disebabkan kekurangan kereta sports mampu milik di pasaran.

Paling menarik, ada teori mengatakan bahawa generasi milenial berinteraksi lebih banyak secara digital, jadi kurang keperluan untuk bergerak ke sana sini apatah lagi nak memiliki kereta.

Saya masih tidak yakin dengan kesemua alasan dan teori di atas. Bagi saya, setiap kereta ada tarikan masing-masing. Kita tidak boleh terlalu asyik menyalahkan golongan muda sahaja.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 05

Kalau mereka betul meminati kereta, sudah tentu mereka mampu untuk sekurang-kurangnya berlumba dalam permainan video Gran Turismo kan?

Rasa-rasanya berapakah usia purata pemain Gran Turismo? Jawapannya adalah 35 tahun. Mengejutkan? Tiba masa untuk mengubah tanggapan bahawa hanya remaja yang menghabiskan masa untuk bermain permainan video.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 06

Purata umur pembaca yang membaca artikel media automotif adalah sekitar awal 30-an hingga akhir 40-an bergantung pada saluran. Bagaimana dengan golongan muda? Saya membelanjakan semua wang saku sekolah saya untuk majalah Performance Car (sebelum  Evo), AutoCar dan Road & Track.

Di mana salah silapnya?

Saya berpegang dengan teori saya sendiri, walaupun belum dibuktikan. Bagi saya, rata-rata komuniti kereta semakin biadap apatah lagi dengan penggunaan media sosial seperti Facebook. Rata-ratanya hanya hidup dalam kepompong sendiri sama ada menjadi golongan elitis sehingga berpecah-belah dengan pendapat sendiri. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa golongan milenial semakin kurang berminat dengan kereta.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 07

Cuba ingat kembali bagaimanakah tanggapan mengenai budaya kereta pada perspektif anda? Saya melihat budaya kereta melalui orang yang memiliki kereta yang hebat, acara-acara yang meraikan bau dan bunyi enjin serta personaliti kereta yang terkenal seperti Ayrton Senna, Carlos Sainz, Tommi Makkinen dan Rothman.

Kereta sport pun bukanlah senang untuk didapati pada tahun 80 an lagi-lagi di Malaysia. Oleh itu, saya kurang percaya dengan teori kekurangan kereta sport. Tidak kisahlah kereta apa yang digunakan oleh bapa kita, pastinya kita teruja untuk cuba memandu kereta tersebut.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 08

Apakah tanggapan golongan muda terhadap kereta?

Golongan muda sudah tentu melihat kereta melalui media sosial. Oleh itu, bagaimanakah tanggapan mereka apabila melihat orang-orang tua yang bertikam lidah di Facebook tentang siapakah yang lebih betul?

Apatah lagi apabila mereka melihat di Youtube dan melihat modifikasi kereta yang melampau-lampau sehingga menyalahi undang-undang. Bunyi ekzos yang membingitkan sehingga mengganggu jiran tetangga. Tanggapan yang sebeginilah yang memberikan kesan kepada golongan muda.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 09

Kanak-kanak meniru orang dewasa. Jika orang dewasa di rumah mereka menghabiskan masa dengan menggunakan telefon pintar sahaja, jadi itulah apa yang akan ditiru. Semasa kecil, ayah saya selalu melepak di bengkel berdekatan dan saya akan mengikutinya. Disitulah saya belajar tentang perkara mekanikal. Pertama kali saya melihat penutup injap dibuka, terdetik dalam hati saya, "Oh, macam ni rupanya 12 injap."

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 10

Kereta sepatutnya menyatukan

Oleh yang sedemikian, kanak-kanak tidak menggangap budaya kereta lebih mudah difahami. Kanak-kanak tidak berinspirasi untuk memiliki kereta. Mereka lebih berminat untuk menjadi pemain sukan permainan video secara profesional.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 11

Ada pula budaya hidup alternatif yang menjadi tarikan di kalangan orang muda - mengembara. Budaya ini mengutamakan pengalaman berbanding harta. Budaya ini memang tidak seiring dengan budaya kereta.

Mereka mahu menyimpan duit untuk mengembara, bukan untuk membeli Toyota 86. Mereka mahu menjadi Master Chef, bukan Master Driver.

Lebih teruk lagi, budaya kereta sekarang mementingkan kuasa kuda. Entah elitis mana atau siapa yang meletakkan had 300 hp kuasa kuda untuk kereta lalu membahagikan komuniti peminat kereta laju dan kurang laju.

Jika ada budak yang minat dengan sebuah Perodua Myvi stance, pastinya ramai yang akan memaki hamun budak tersebut. Jika seorang budak yang meminati kereta tetapi hanya memandu Proton Saga standard pekak, budak tersebut akan terasa kerdil.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 12

Standard itu indah

Komuniti kereta pada masa kini terlalu mementingkan kelajuan sehingga membeza-bezakan kereta. Ini budaya yang kurang sihat.

Pemandu kereta yang standard pekak tidak dilihat sebagai peminat kereta. Ini adalah contoh pemikiran sampah. 

Pada waktu dahulu, peminat kereta sedia menerima apa jua keadaan kereta untuk dipandu. Kalau ada Nissan Vanette atau lebih dikenali dengan van pasar malam pun, kami sedia memandunya. Yang penting adalah pengalaman pemanduan.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 13

Mitsubishi Pajero lambat macam siput? Tiada masalah. Peugeot 304 selalu rosak sampai kena tolak untuk dihidupkan? Kami akan tetap pandu.

Apa sahaja yang berbeza dari Perodua Kancil sekolah memandu mesti dicuba. Setiap kereta mempunyai watak yang berbeza. Semakin banyak yang anda pandu, semakin banyak yang anda belajar.

Kami juga tidak berusaha untuk menjadi 'car reviewer' dengan mencari kesalahan kereta. Kami hanya berkongsi pengalaman apabila diberi kesempatan untuk memandu. Daripada mengeluh, kami berusaha untuk mengatasi masalah itu dan mendapati bahawa kereta tertentu sesuai dengan gaya pemanduan tertentu.

Saya sendiri tidak berpeluang untuk mengambil kursus pemanduan profesional sehinggalah pada suatu waktu kemudian. Namun saya cuba untuk meningkatkan sensitiviti saya dengan memandu kesemua kereta yang boleh saya pandu.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 14

Kita perlu mengembalikan tanggapan positif budaya kereta. Raikan semua bentuk budaya kereta, raikan semua kereta.

Tanamkan sikap yang baik, hormati pandangan orang lain. Berikan contoh yang baik. Pandu kereta anda dengan mesra, bersikap baik kepada pengguna jalan raya yang lain, beri inspirasi kepada generasi akan datang, seperti pemandu BMW E24 dan Porsche 911 yang saya temui lebih 30 tahun yang lalu tanpa sedar memberi inspirasi kepada saya untuk meminati kereta.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 15

Myvi Nation 2015

Lebih penting lagi, jangan menilai pilihan orang lain di dalam kereta. Semua kereta mempunyai tujuan tertentu dan orang yang berbeza mempunyai citarasa berbeza untuk menonjolkan minat mereka terhadap kereta.

Video di atas adalah dari tahun 90-an, sebelum gerakan #MeToo dan pandangan politik sempit mengambil alih.

Sekiranya ada yang ingin memasukkan Honda F20C VTEC atau blok Nissan SR20 ke dalam BMW, itu tidak mengaibkan, ia sangat mengagumkan (jika ia berfungsi) dan saya adalah seorang purist. Tiada modifikasi pada E30 saya selain daripada roda BBS aftermarket, malah saya belajar untuk menghargai pelbagai bentuk budaya kereta.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 16

Cuba fahami kenapa ada yang sukakan budaya kereta stance dan mengapa mereka sanggup membuat kerja bangang macam tu.

Modifikasi kereta anda tidak sepatutnya merendahkan harga diri anda. Namun jika anda memandu secara samseng, tiada siapa yang akan menghormati anda termasuklah saya tanpa mengira kereta jenis apa yang anda gunakan.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 17

Mungkin jika kita saling menghormati, tiada lagi tanggapan negatif terhadap budaya kereta. Sekurang-kurangnya, seorang budak akan turut meminati kereta seperti anda dan saya.

Saya tidak peduli seberapa ramai orang yang membaca artikel ini tetapi saya berharap artikel ini sampai kepada seorang budak di tempat letak kereta Mid Valley beberapa tahun yang lalu. Budak itu berhenti sejenak dan tergamam ketika saya perlahan-lahan melewatinya menggunakan BMW E30 saya.

Golongan muda tidak lagi berminat dengan kereta. Di mana salah silapnya? 18

Kami bertentangan mata sambil saya mengangguk dan tersenyum. Ibunya menarik budak tersebut untuk bergerak bersama keluarganya. Saya harap dia memupuk minat terhadap kereta. Hanya apabila terdapat ramai golongan muda seperti ini, kita akan dapat mengurangkan pengaruh kereta pandu sendiri yang hambar dan tiada karakter.

Anak-anak seperti dia tidak akan meminati kereta jika budaya kereta ditentukan oleh orang yang mempunyai tingkah laku yang buruk, orang yang membuat orang lain merasa tidak senang dengan hobinya, dirinya sendiri ataupun modifikasi keretanya.

Berusahalah untuk mempelajari semua yang anda boleh mengenai kereta anda dan berlatih dengan apa sahaja kereta yang anda miliki sekarang tanpa mengira jenis model kereta.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda