window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Goodyear memperkembangkan tayar Assurance dengan model ComfortTred, sasar kereta premium

Faisal · Nov 29, 2022 11:00 AM

Goodyear memperkembangkan tayar Assurance dengan model ComfortTred, sasar kereta premium 01

Goodyear di Malaysia nampaknya mengakhiri tahun ini dengan penawaran model baharu dalam barisan tayar Assurance mereka melalui model Assurance ComfortTred yang mana ia disasarkan untuk kenderaan penumpang berkategori premium.

Untuk makluman anda, keutamaan model ini adalah mutu pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Antara aspek yang diterapkan bagi mencapai kualiti yang senyap sebegini adalah melalui ANX Technology. Secara amnya, struktur dan kompaun canggih pada tayar Goodyear ini pula mempunyai tambahan lapisan penebat bunyi dan gegaran. Paten blok yang tertutup juga mengurangkan bunyi udara, manakala bilangan tapak kecil yang banyak berfungsi mengurangkan lagi tekanan impak, sekaligus merendahkan kadar bunyi.

Juga bacaTrend rim besar dan tayar nipis - punca kereta masa kini kurang selesa?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Goodyear memperkembangkan tayar Assurance dengan model ComfortTred, sasar kereta premium 01

Dalam masa yang sama, Goodyear Assurance ComfortTred juga mantap dalam memberikan cengekaman jalan basah dan jarak breknya juga lebih pendek. Secara teknikal, kompaun tapaknya menggunakan bahan silika dan resin yang banyak bagi memberikan lebih cengkaman dan kawalan terhadap permukaan jalan.

Untuk anda yang berminat, Goodyear Assurance ComfortTred di Malaysia datang dengan 12 saiz dan harganya ditawarkan antara RM 420 – RM 850/biji.

Juga baca“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?

Saiz tayar Goodyear Assurance ComfortTred
Rim Saiz tayar Indeks beban (load index) Kadar kelajuan (speed rating) SL/XL
16 215/55R16 97 W XL
16 215/60R16 95 W SL
17 215/50R17 95 W XL
17 215/55R17 98 W XL
17 225/45R17 94 Y XL
17 225/50R17 98 Y XL
17 225/55R17 97 Y SL
17 245/45R17 99 Y XL
18 225/45R18 95 W XL
18 235/45R18 98 W XL
18 245/45R18 100 W XL
19 245/45R19 102 W XL

Tayar baharu ini sudah boleh didapati di Goodyear Autocare dan stor yang sah. Menariknya, 200 pelanggan pertama yang menukar satu set akan menerima headset JBL Headphone.

Sekiranya anda hendak menukar satu set, ikuti langkah mudah di bawah untuk tersenarai:

  1. Beli 4 tayar Assurance ComfortTred
  2. Daftar tayar anda dalam Worry Free Assurance Warranty (WFA)
  3. WhatsAppkan maklumat peribadi dan buat tangkapan skrin untuk resit dan WFA pada nombor Goodyear Malaysia di +6012-998 8410
  4. Jadi 200 pelanggan terawal dan terima hadiah JBL Headphone

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda