window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023

Faisal Β· Mar 7, 2023 01:00 PM

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 01

Sumber: BestCarWeb.
  • Untuk 3 tahun lepas, jualan Toyota Vellfire tidak laku macam Alphard
  • Pelbagai gosip mengatakan sama ada ia akan digugurkan, disatukan menjadi Alphard atau kekal ada
  • Model generasi seterusnya mungkin akan dilancar di Jepun pada Mei 2023

Seperti yang anda tahu, keluaran Toyota Vellfire telahpun dirancang untuk berhenti.

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 02

Hal ini disebabkan oleh jualan di Jepun yang agak hambar dan Alphard sendiri jauh lebih laku sampai menjadi β€˜Top 5’ dalam jualan kereta paling laris di Jepun.

Menariknya, laporan terbaru seperti memberi harapan cerah buat Vellfire.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 01

Menurut Best Car Web, Vellfire akan menerima generasi baru yang mana pelancarannya dikatakan berlangsung di Jepun seawal Mei ini. Lakaran yang dihasilkan setakat ini juga banyak menunjukkan bahawa elemen lampu depan yang ada dua bahagian akan terus kekal.

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 02

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 03

Sumber lakaran dari BestCarWeb.

Apa yang sedikit lain dari jangkaan adalah sumber terdekat yang Best Car Web peroleh mengatakan bahawa reka bentuk Alphard dan Vellfire generasi baru akan sama. Mungkin Vellfire nanti hanya sebagai trim berbeza?

Apapun, Alphard dan Vellfire akan menggunakan trenkuasa dan platform TNGA-K yang sama.

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 04

Trenkuasa hibrid dari Crown Crossover.

Bercakap mengenai trenkuasa, salah satunya adalah enjin turbo hibrid dari Toyota Crown Crossover yang menghasilkan output sehingga 340 PS dan 542 Nm tork. Satu lagi mungkin enjin 2.4L turbo dari Lexus NX yang menghembuskan 279 PS dan 430 Nm tork. Tetapi untuk MPV ini, outputnya mungkin dikurangkan sedikit.

Juga baca340 PS Mega Van? Toyota Alphard Hybrid mungkin menyusul Mei 2023 ini!

Gosip: Toyota Vellfire mungkin tak digugur, MPV berasaskan TNGA akan dilancar pada Mei 2023 05

Setakat ini, imej sebetulnya mengenai Alphard/Vellfire generasi baru telahpun didedah di China dan ia sememangnya nampak lebih mewah.

Juga bacaSpyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda