window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih?

Khairil ยท Jan 15, 2021 02:00 PM

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 01

Sejurus Yamaha melancarkan Exiter 155 VVA 2021 serba baharu di Vietnam, ia berjaya mencetuskan 'gundah gulana' buat pesaing utamanya di pasaran negara berkenaan iaitu Honda.

Justeru, timbul khabar angin yang menyatakan Honda Motor Vietnam akan menaiktaraf model 'Super Moped' terhangatnya iaitu Winner versi terbaharu termasuk dengan meningkatkan kapasiti enjinnya kepada 160cc.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti diketahui umum terutama kepada peminat Honda, Honda Winner yang dikenali sebagai RS150R di Malaysia dan versi terbarunya, Winner X amat popular di negara berkenaan.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 01

Yamaha Exciter 155 VVA

Tetapi, kehadiran Exciter 155 VVA yang datang dengan enjin lebih berkuasa bersama beberapa ciri canggih termasuk sistem Assist & Slipper Clutch, Kunci pintar, Soket 12V dan brek depan dengan dua piston membuatkan takhta Winner X berisiko dirampas.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 02

Tidak seperti di Malaysia dan Indonesia di mana Yamaha Y15ZR dan MX King 150 lebih laku keras, Honda Winner X dikatakan berjaya menguasai pasaran Vietnam pada tahun lalu dan bagi Honda, ia perkara yang perlu dipertahankan.

Spesifikasi Honda Winner X

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 03

Tidak dapat dinafikan reka bentuk Honda Winner X yang futuristik sememangnya mengancam dan spesifikasinya memang berjaya mengatasi Yamaha Exciter 150 V2.

Sekali pun menggunakan enjin bersesaran yang sama, teknologi enjinnya iaitu menggunakan satu silinder suntikan bahan api PGM-Fi DOHC yang dipadankan dengan transmisi gear enam kelajuan (Exciter 150 lima kelajuan) membuatkan Winner X lebih menjadi pilihan.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 04

Turut menambah kekuatan Winner X ialah penggunaan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan CBS untuk varian tertentu, lampu LED penuh, serta panel meter digital.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 05

Tetapi jika ia dibandingkan dengan Yamaha Exciter 155 VVA, apa yang boleh dikatakan Winner X sudah mula ketinggalan.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 06

Tambah kuasa?

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 07

Berpandukan trend semasa, bukan sesuatu yang mustahil untuk Honda meningkatkan kuasa enjin dan ciri-ciri Winner X. Ia boleh dilihat dengan kehadiran Honda PCX 160 2021 yang dilancarkan di Thailand, baru-baru ini.

Perkembangan menarik itu turut dikongsikan oleh laman web di Vietnam, MotoSaigon.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 08

Selain enjin serba baharu dengan teknologi eSP+ bersesaran 156.93cc yang lebih berkuasa, PCX 160 2021 turut hadir dengan ciri-ciri yang lebih menarik seperti sistem Kunci pintar, port pengecas USB Type-C, sistem brek ABS dua piston dan sistem traction control iaitu Honda Selectable Torque Control (HSTC).

Dan penggunaan fork jenis terbalik (USD) juga bukan sesuatu yang mustahil apabila teknologi berkenaan boleh diambil daripada CBR150R 2021 yang baru dilancarkan di Indonesia.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 09

Bagi syarikat sebesar Honda, bukan sesuatu yang mustahil untuk mereka memadankan segala teknologi berkenaan kepada versi terbaharu Winner X nanti.

Ketika ini, peminat Honda di Malaysia masih ternanti-nanti bilakah Boon Siew Honda (BSH) akan membawa masuk model Winner ke negara ini. Ada khabar angin ia akan dilancarkan pada tahun ini dan kehadiran Yamaha Exciter 155 VVA mungkin akan mempercepatkan proses itu.

'Goyang' dengan Exciter 155 VVA! Honda Winner X bakal lebih berkuasa, canggih? 10

Setakat ini, versi terbaharu yang ada di Malaysia adalah RS150R V2 (ada yang menyatakan ia model facelift saja) yang dilancarkan pada tahun lalu dengan harga jualan bermula RM8,199.

Apapun, BSH mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara berkenaan tetapi memang benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda