window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

Khairil ยท Aug 19, 2021 09:00 PM

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang! 01

Seperti sudah dijangka, perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akhirnya dibatalkan.

Pembatalan berkenaan mengikuti nasib GP Thailand, Jepun dan Australia yang turut dibatalkan lebih awal susulan situasi pandemik Covid-19 yang tidak menentu ketika ini.

Juga baca: Perlumbaan MotoGP GP Thai 2021 rasmi dibatalkan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia juga adalah pembatalan untuk musim kedua berturut-turut GP Malaysia selepas turut berdepan nasib sama pada tahun lalu dengan perkembangan mengecewakan itu diumumkan oleh pemegang hak eksklusif komersial MotoGP, Dorna Sports dalam satu kenyataan bersama.

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang! 01

"FIM, IRTA dan Dorna Sports kecewa untuk pengumumkan pembatalan Grand Prix Malaysia yang dijadual berlangsung di Litar Antarabansga Sepang pada 22 hingga 24 Oktober.

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang! 02

"Situasi pandemik Covid-19 semasa yang membawa kepada larangan kemasukan ke Malaysia mengakibatkan pembatalan kejuaraan berkenaan. MotoGP berharap untuk kembali ke Sepang pada 2022 untuk berlumba di hadapan peminat setia Malaysia."

Juga baca: GP Jepun sah dibatalkan musim 2021!

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang! 03

Susulan pembatalan GP Malaysia, perlumbaan pada tarikh berkenaan akan berlangsung di Litar Misano.

GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang! 04

SIC dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada Dorna Sports, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara, pihak berkuasa, rakan kongsi dan peminat sukan permotoran Malaysia atas sokongan berterusan kepada SIC.

"Disebalik kekecewaan ini, SIC kekal optimis dan berharap untuk menganjurkan acara berprestij ini sekali lagi pada musim 2022."

Sumber imej: FB SIC

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda