window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam!

Khairil ยท Apr 18, 2021 10:00 AM

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 01

Penunggang Monster Yamaha, Fabio Quartararo merangkul petak utama MotoGP ke-11 dalam kariernya selepas mengungguli sesi kelayakan GP Portugal, malam tadi.

Mengiringi bekas pelumba Petronas Yamaha SRT itu di barisan utama pada aksi di Litar Portimao adalah pelumba Suzuki, Alex Rins dan rakan senegaranya dari Perancis, Johan Zarco dari Pramac Ducati.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 02

Fabio Quartararo

Selepas dua aksi di Qatar, MotoGP beralih ke Eropah dan ia tidak berlangsung tanpa drama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika pelumba Ducati, Francesco Bagnaia tampak seperti bakal mengambil petak utama dengan rekod terpantas terbaru litar, catatan itu dibatalkan selepas dia didapati melanggar peraturan bendera kuning.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 01

Francesco Bagnaia

Bendera kuning dikibarkan di Portimao susulan insiden yang melanda penunggang tuan rumah, Miguel Oliviera dari pasukan KTM MotoGP.

Bercakap ketika sidang media, Quartararo yang merangkul petak utama sulung bersama pasukan Monster Yamaha mengakui perasaannya sedikit berbeza berbanding pencapaian sama diraih ketika beraksi bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 02

Fabio Quartararo

"Perasaannya untuk petak utama ini tidak sama seperti yang sebelumnya, tetapi apa yang paling utama adalah bermula dari barisan pertama dan kami mencapai sasaran kami," kata Quartararo.

Sementara itu, tindakan Bagnaia menyaksikan pelumba Itali itu bakal memulakan perlumbaan di petak ke-11 ketika rakan sepasukannya, Jack Miller di petak keempat manakala naib juara dunia musim lalu, Franco Morbidelli di petak kelima.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 03

Franco Morbidelli

Melengkapkan barisan kedua ialah juara dunia lapan kali dari Repsol Honda, Marc Marquez yang membuat kepulangan dalam kancah perlumbaan MotoGP selepas hampir setahun tersisih.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 04

Marc Marquez

Sementara itu, legenda Itali, Valentino Rossi dari pasukan Petronas Yamaha SRT terus tenggelam apabila akan memulakan perlumbaan di petak ke-17 lantas mengakui keputusan itu sebagai agak 'membimbangkan'.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 05

Valentino Rossi

"Keputusan agak buruk. Kami bekerja keras, kami memperbaiki kelajuan namun ia tidak mencukupi. Berbanding perlumbaan kedua di Qtar, saya merasa sedikit baik tetapi apapun saya tidak berada dalam kumpulan utama."

Ketika jentera spesifikasi utama Quartararo dan Maverick Vinales sekali lagi tampak lebih baik, pelumba dengan julukan The Doctor itu mengakui situasi itu membimbangkan.

GP Portugal: P1 milik Fabio Quartararo, Rossi terus tenggelam! 06

"Dua jentera daripada pasukan utama yang ditunggang Quartararo dan Vinales lebih berkuasa berbanding saya, mereka lebih pantas, jadi saya bimbang terutama kerana saya mahu menjadi lebih kompetitif." - Agensi

Sumber imej: Facebook MotoGP, Facebook Monster Yamaha, Facebook Petronas SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda