window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k!

Khairil ยท Sep 25, 2021 05:00 PM

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Thailand, GPX mengemaskini penawaran untuk motosikal 'Sportbike' popularnya, Demon GR200R 2021 yang bukan saja tampil dengan penawaran warna baru, malah prestasi dipertingkatkan.

Paling menarik pastinya dengan penggunaan enjin 4 injap berbanding 2 injap pada versi sebelum ini yang sekaligus meningkatkan prestasi motosikal berkenaan.

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penawaran harga yang ditawarkan GPX Thailand untuk model Demon terbaharu ini adalah 81,500 baht (RM 10,214). Begitupun, jika dibeli dalam tempoh promosi yang tamat pada 31 Oktober ini, harga yang ditawarkan lebih murah iaitu 79,800 baht (RM 9,999) sahaja dengan unit terhad.

Juga baca: GPX Demon GR200R 2020, 'syaitan' dari Thailand dengan reka bentuk mengancam

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 01

Pilihan skema warna yang terbaharu dan menarik adalah seperti berikut: 

 

  • White Volpe Rossa 
  • Black Onyx Hypersport 
  • Yellow Puffer Roccia 

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 02

Kembali kepada trenkuasa, model ini menggunakan enjin bersesaran 198 cc, 4 Lejang, 4 Injap, 1 Silinder, SOHC, Suntikan Bahan Api (GPX-Fi), Penyejuk Cecair yang digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan klac manual.

Juga baca: GPX Demon GR200R 2021 dilancar di Malaysia, harga asas RM 11,388!

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 03

Kuasa yang dihamburkan kekal pada 19 Hp namun angka tork meningkat kepada 17.5 Np pada 7,500 rpm berbanding 17.2 Nm pada 6,500 rpm yang diperoleh pada versi yang menggunakan enjin 2 injap.

Tiada perubahan dari sudut reka bentuk namun bagi menjamin prestasi tunggangan yang lebih sporty, lokasi 'peg' kaki diletakkan di posisi yang lebih tinggi.

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 04

Pembaharuan lain yang turut dibuat secara kosmetik adalah enjin yang diwarnakan dengan merah, casis berwarna hitam dan kelabu dengan fork juga tampil dengan warna merah.

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 05

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 06

Informasi lain mengenai motosikal ini adalah penggunaan meter digital, sistem lampu LED penuh, fork jenis terbalik (USD), suspensi belakang monoshock dari jenama YSS boleh laras (7 tahap).

Juga baca: GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik!

Sistem henti pula menggunakan brek cakera tunggal bersaiz 276 mm, 2 piston di bahagian depan dan cakera bersaiz 220 mm, 1 piston di belakang. Agak mengecewakan model ini tidak dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 07

Ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Kapasiti tangki bahan api - 11 liter
  • Set roda - 100/80-17 (depan), 140/70-17 (belakang)
  • Tinggi pelana - 815 mm
  • Berat - 155 kg 
  • Jarak roda - 1,350 mm

GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k! 08

Tidak diketahui sama ada versi terbaharu Demon GR200R akan tiba di pasaran Malaysia namun versi terdahulu yang menggunakan 2 injap dilancarkan pada bulan April lalu dengan penawaran harga RM 11.3k.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda