window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k!

Khairil ยท Jan 2, 2022 06:00 PM

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 01

Seperti Thailand, GPX Malaysia akhirnya menerima versi naik taraf model 'Sportbike' GPX Demon GR200R SE (2022) yang tampil dengan enjin lebih bertenaga bersama harga jualan baharu RM 11,888 (asas).

Sekalipun tiada perubahan ketara terutama dari sudut reka bentuk, GPX Demon GR200R SE 2022 dinaiktaraf oleh syarikat pengeluar motosikal Thailand itu dengan enjinnya kini menggunakan empat injap berbanding dua injap pada versi sebelumnya.

Juga baca: GPX Demon GR200R 2021 dilancar di Malaysia, harga asas RM 11,388!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 01

Justeru, berlaku perubahan daripada sudut kuasa dan tork dengan enjin bersesaran 198 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api GPX-FI itu menghamburkan kuasa 22 Hp dan tork 19.2 Nm.

Sebagai perbandingan, GPX Demon GR200R 2021 yang dilancarkan pada April lalu menjana kuasa setinggi 19 Hp dan tork 17.2 Nm. Harga pengenalannya ialah RM 11,388 (asas).

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 02

Sebagai info, versi naik taraf model Sportbike popular itu dilancarkan di pasaran Thailand pada September lalu. Dan seperti perubahan di Thailand, pilihan warna dan corak grafik yang ditawarkan juga sama.

Perubahan lain yang dibuat GPX adalah pemijak kaki yang lebih tinggi dengan tiga pilihan skema warna baharu bersama corak grafik yang menarik bersama beberapa lagi perubahan kosmetik sperti warna fork, warna pelindung ekzos dan enjin.

Juga baca: GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik!

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 03

Untuk model yang hangat di pasaran Thailand, GPX Demon GR200R SE yang menggunakan kerangka trellis ini tampil dengan pelbagai ciri-ciri menarik dan moden seperti sistem lampu LED penuh, meter jenis digital dan penggunaan rantai DID 428 O-Ring.

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 04

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal jenama YSS boleh laras (Preload 7 tetapan). Sistem brek pula menggunakan brek cakera 276 mm (depan) dan brek cakera 220 mm (belakang).

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 05

Set roda pula adalah 100/80-R17 (depan) dan 140/70-R17 (belakang) bersama tayar RX-01 ROAD WINNER jenama IRC Tire.

Informasi lain model ini adalah seperti berikut:

  • Kapasiti bahan api 11 liter
  • Ketinggian pelana 815 mm
  • Berat 155 kg (net weight)

Juga baca: GPX Demon GR200R dikemaskini, guna enjin 4 injap, harga asas RM 10.2k!

GPX Demon GR200R SE tiba di Malaysia, 'Syaitan' dari Thailand kini guna enjin 4 injap, harga RM 11.8k! 06

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda