window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik!

Khairil ยท Jun 20, 2021 10:00 AM

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 01

Pengeluar motosikal Thailand, GPX Motor baru-baru ini mengumumkan sedang membangunkan motosikal elektrik dengan 'hasilnya' boleh dilihat pada penghujung tahun 2022.

Juga baca: GPX Demon GR200R 2021 dilancar di Malaysia, harga asas RM 11,388!

Projek itu terhasil susulan kerjasama yang dimeterai GPX Motor Thailand bersama pembekar motor elektrik terkemuka, Pioneer Motors (PIMO) dan Agensi Pembangunan Teknologi dan Sains Thailand (NSTDA).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 01

Menurut laporan media tempatan negara berkenaan, untuk fasa pertama projek itu GPX Motor memberi bayangan ia akan menggunakan asas motosikal 'Sportbike' Demon GR200R.

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 02

Perkembangan berkenaan turut dapat dilihat dalam imej poster yang dikongsi di laman web GPX Motor.

Juga baca: GPX Demon GR200R 2020, 'syaitan' dari Thailand dengan reka bentuk mengancam

Tampil dengan reka bentuk yang sporty, motosikal elektrik itu akan menggunakan segala asas Demon GR200R termasuk kerangka dan sebagainya dengan enjinnya ditukar kepada motor elektrik.

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 03

Dan menariknya, selain Demon GR200R, syarikat itu juga akan dikatakan menghasilkan satu lagi model iaitu dalam segmen skuter.

Juga baca: 5 perkara tentang GPX Drone 150 2021 sebelum dilancarkan di Malaysia!

Justeru, ia berkemungkinan menggunakan platform dari model skuter syarikat berkenaan iaitu Drone yang sememangnya mempunyai gaya dan reka bentuk yang moden dan premium.

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 04

Sebagai info, GPX Motor Thailand ketika ini menduduki tangga ketiga dari sudut jualan di Thailand sekaligus dianggap pengeluar motosikal paling berjaya di negara itu.

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 05

GPX Motor Thailand guna platform Demon GR200R dan Drone untuk projek motosikal elektrik! 06

Untuk pasaran antarabangsa, GPX Motor sudah mengeksport motosikalnya ke lebih 10 negara termasuk Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda