GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada!

Faisal · Jan 15, 2021 04:00 PM

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 01

Kalau anda berhajat untuk beli Toyota GR Yaris dengan tawaran diskaun, anda mesti kecewa kerana stoknya hanya tinggal beberapa unit sahaja. Walau apapun, anda tidak perlu terlalu kecewa kerana JW Bodykits Accessories telah menghasilkan imbuhan GR terhadap hero Malaya kita iaitu Perodua Myvi.

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 02

Sekali dengan rongga udara beb!

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 03

Sejujurnya, ia kelihatan agak gempak! Gril dan lekuk pada bampar GR ini nampak serasi dengan Perodua Myvi.

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 01

Untuk maklumat anda, bampar depan dari bahan gentian kaca (fibreglass) ini sudah boleh ditempah. Harga bermula daripada RM 550 (tanpa cat) ke RM 700 (sekali dengan cat). Harga ini tidak termasuk upah pasang. Menurut kedai ini, pelanggan yang sudah buat tempahan dijamin mendapat bampar GR ini sebelum akhir bulan Januari.

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 02

Namun begitu, hanya bampar depan sahaja yang ada buat masa ini. Mengenai skirting sisi, spoiler, atau bampar belakang pula, belum ada sebarang tanda-tanda pembuatannya.

GR Yaris hampir habis dijual? Tak apa, GR Myvi kan ada! 03

Jadi apa pendapat anda? Anda suka Myvi dengan sentuhan GR sebegini atau yang sedia ada?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru