GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda!

Faisal · Jan 11, 2021 03:00 PM

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 01

Walaupun harga RM 286k agak berbaloi untuk Toyota GR Yaris, ia bukanlah sesuatu yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Khusus untuk anda yang memiliki Perodua Myvi, inilah peluang untuk menjadikan kereta anda seperti sebuah model GR.

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 02

Walaupun ia tidak memberikan prestasi dan karakter pemanduan seperti kereta rali untuk jalan raya, bodykit GR yang dihasilkan oleh JW Accessories ini cukup tepat.

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 01

Kredit: JW Bodykit Accessories

Baru-baru ini, sebuah kedai aksesori di Kajang telah memaparkan gambar sebuah prototaip bampar depan. Semuanya kelihatan mirip GR Yaris. Malah ia turut mempunyai rongga udara yang berfungsi.

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 02

Walau bagaimanapun, perincian mengenai bodykit ini masih belum dapat dipastikan. Apapun, ia berkemungkinan kelihatan seperti apa yang pernah dilakar oleh Theophilus Chin.

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 03

Jika anda perhatikan, wajah depannya nampak betul-betul sebiji dengan bodykit prototaip tersebut. Cukup mengancam, bukan?

GR Yaris terlalu mahal? Dapatkan ‘bodykit’ GR untuk Perodua Myvi anda! 04

Mengimbau kembali, GR Yaris yang dibangunkan oleh Tommi Makinen ini dilancarkan di Malaysia sekali dengan Toyota Vios GR Sport. Ia dikuasai oleh enjin 1.6L turbo 3 silinder (261 PS, 360 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru