window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua

Mersita · Sep 8, 2021 09:20 PM

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 01

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti pemandu dan rakan penghantar Grab untuk menyimpan wang persaraan menerusi program i-Saraan KWSP.

Program ini direka untuk mereka yang berusia bawah 55 tahun atau program sumbangan kendiri bagi golongan berusia 55 tahun ke bawah. Penandatanganan MoU ini merupakan sambungan kepada MoU pertaama yang ditandatangani kedua-dua pihak itu pada bulan Ogos 2018 lalu.

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Program ini menggunakan sistem sumbangan secara sukarela yang direka bagi membolehkan pekerja dalam ekonomi gig dan mereka yang bekerja sendiri untuk menyimpan wang persaraan menerusi sumbangan kepada KWSP.

Menerusi i-Saraan, ahli boleh menerima insentif kerajaan berjumlah sehingga 15 peratus daripada sumbangan tahunan ahli, tertakluk pada had sebanyak RM 250 setiap tahun.

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 01

Di bawah program sumbangan kendiri, sumbangan KWSP boleh dibuat oleh mana-mana individu pada bila-bila masa sehingga kadar maksima sebanyak RM 60,000 setiap tahun.

Bermula 1 September 2021, Grab akan menawarkan insentif-insentif berikut untuk rakan persendirian yang sah seperti yang dinyatakan di dalam MoU tersebut:

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 02

Jika ahli mula menyimpan dengan awal dan secara konsisten walaupun jumlahnya hanya sedikit, ahli boleh menikmati kelebihan daripada kesan penggabungan dividen.

Contohnya, seseorang individu yang menyimpan RM 10 sebulan selama 30 tahun akan mampu mengumpul simpanan sebanyak RM 8,220 selepas 30 tahun, atau lebih dari sekali ganda daripada jumlah keseluruhan sumbangannya disebabkan oleh kelebihan penggabungan dividen.

Baca juga: JustGrab Green tawar pilihan kereta elektrik di Singapura bermula 14 Julai

Jika ahli menyimpan RM 140 sebulan, individu berkenaan boleh memaksimakan insentif Grab dan i-Saraan serta mengumpul RM 114,840 dalam masa 30 tahun.

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 03

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Kolaborasi KWSP bersama Grab akan meningkatkan kebajikan persaraan di kalangan pemandu dan rakan penghantarnya, dan kami memuji Grab atas komitmen mereka dalam memberikan lebih insentif serta menggalakkan kebertanggungjawaban individu dalam merancang untuk masa depan persaraan mereka.

“MoU ini juga mempromosikan tabiat celik kewangan dikalangan mereka atas kepentingan perancangan persaraan, dalam lanskap ekonomi mencabar masa kini yang memerlukan semua orang untuk sentiasa berjaga-jaga dengan situasi kewangan mereka.

“Kami mengalu-alukan penglibatan komuniti pemandu dan rakan penghantar Grab yang bekerja keras untuk berdaftar sebagai ahli KWSP dan menyumbang secara sukarela kepada simpanan persaraan mereka, samada melalui i-Saraan atau sumbangan kendiri.

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 04

“Ia bukan saja membantu mereka dalam persediaan untuk bersara, tapi mereka juga boleh menikmati kelebihan sebagai ahli KWSP seperti dividen tahunan, pelepasan cukai, dan kelebihan-kelebihan lain yang diberi kepada ahli-ahli.”

Baca juga: Grab bekerjasama dengan Hyundai untuk tingkatkan pemilikan kereta elektrik EV di ASEAN

Pengarah Urusan Grab Malaysia Sean Goh berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan KWSP selaras dengan usaha Kerajaan untuk membina ekosistem perlindungan sosial yang lebih holistik.

“Di Grab, kami komited dalam menyediakan akses sama rata kepada peluang pendapatan baharu, dan juga membantu mengurangkan pengangguran dengan menggalakkan pendapatan tambahan menerusi ekonomi digital – terutama sekali bagi golongan dalam situasi unik, contohnya orang kurang keupayaan dan pesara.

Grab, KWSP bergabung bagi menggalakkan pemandu, ‘rider’ menyimpan untuk masa tua 05

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh

“Disebabkan oleh pandemik, kami melihat peningkatan mendadak dalam permohonan pemandu dan rakan penghantar, dengan lebih 50,000 orang menyertai platform ini. Mereka bekerja keras siang malam untuk menampung kehidupan diri sendiri serta keluarga mereka, oleh itu ia menjadi tanggungjawab kami untuk terus berusaha menolak sempadan.

“Inilah sebabnya mengapa kami berusaha lebih keras untuk menyumbang 10% kadar tambahan untuk rakan kongsi berusia 55 tahun keatas yang membuat sumbangan menerusi program sumbangan kendiri dan bagi rakan kongsi PWD, bagi menggalakkan mereka untuk menjaga kelangsungan hidup masing-masing.

“Kami percaya yang perkongsian ini ialah satu langkah betul ke hadapan, dengan penggabungan rakan kongsi awam dan persendirian bagi menggalakkan tabiat kewangan sihat yang membina keselamatan kewangan dikalangan semua rakyat Malaysia,” kata beliau.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda