window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Gran Turismo 7 beri pemain "cuba" berlumba dengan Toyota Alphard!

Haris Β· Mar 31, 2023 10:00 AM

Gran Turismo 7 beri pemain

Selama 25 tahun, Gran Turismo (GT) telah membawa beberapa simulasi pemanduan yang menarik pada konsol PlayStation. GT bukan sahaja merealisasikan angan-angan untuk memandu hypercar yang tidak mungkin dibeli, ia juga terkenal kerana memperkenalkan beberapa model kereta JDM menarik.

Gran Turismo 7 beri pemain

Antara model baharu yang menyertai barisan JDM sedia ada seperti Daihatsu Midget II, Suzuki Escudo Pikes Peak 1,000 kuasa kuda dan Nissan Skyline GT-R adalah... Toyota Alphard! Ya, Gran Turismo telah mengacah pada GT7, iterasi terbaru francais simulasi pemanduan itu akan menampilkan kemas kini yang menambah 5 lagi model kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa ini, GT7 mempunyai 462 kereta yang boleh dimainkan dari pelbagai jenama dan kemas kini ini akan tersedia untuk pemain minggu depan. 5 kereta yang bakal ditawarkan adalah:

  • Porsche 959
  • Mazda 3 Hatchback
  • Porsche 904
  • Audi RS5 DTM
  • Toyota Alphard

Gran Turismo 7 beri pemain

Gran Turismo sudah tidak asing lagi dalam menawarkan beberapa kereta unik kepada barisan model yang sedia luas. Dua versi pertama permainan ini kebanyakannya terdiri daripada kereta yang hanya boleh didapati di Jepun dan terima kasih kepada permainan ini bahawa model seperti Mazda RX-7 FD, Nissan GT-R R32, dan Toyota Supra A80 dihargai bertahun-tahun kemudian.

Baca: Selongkar sisi pelik JDM, ini senarai 10 kereta Jepun yang paling kreatif... atau gagal?

Gran Turismo 7 beri pemain

Oleh itu, jika anda ingin melihat seberapa pantas sebuah Alphard mampu mengelilingi trek, anda mungkin dapat melakukannya dengan kemas kini terbaru Gran Turismo 7. Ia juga jauh lebih murah daripada membeli satu unit dan mengubahnya menjadi kereta trek di alam nyata.

Baca: Racing simulator – 6 langkah dan cara mudah untuk anda berlumba bawah RM 1,000!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda