window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP

Khairil ยท Dec 31, 2020 10:00 AM

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 01

Jenama Suzuki kembali rancak dibualkan susulan kemenangan Joan Mir dalam kancah perlumbaan MotoGP musim ini.

Apa tidaknya, ia mengakhiri kemarau selama 20 tahun syarikat pengeluar dari Jepun itu untuk merasai nikmat bergelar juara dunia dalam perlumbaan elit dua roda berkenaan.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebih mengagumkan, penunggang Sepanyol, Mir mendakap kejayaan itu dengan hanya meraih satu kemenangan semusim namun sentiasa konsisten dalam setiap perlumbaan.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 01

Berikutan kejayaan itu, Suzuki Motorcycles memperkenalkan model GSX-R 1000R Edisi Legenda yang didatangkan dengan tujuh corak 'Livery' berbeza.

Jentera edisi khas itu dibina bagi memperingati tujuh juara dunia MotoGP dari Suzuki sebelum ini.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 02

Edisi Khas Barry Sheene 1976

Pelumba yang pernah mengucup gelaran juara MotoGP bersama Suzuki sebelum Mir adalah Barry Sheene pada 1976 dan 1977, Marco Lucchinelli pada 1981, Franco Uncini (1982), Kevin Schwantz (1993) dan Kenny Roberts Jr. (2000).

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 03

Edisi Khas Barry Sheene 1977

Sebagai tambahan, jentera edisi khas MotoGP itu turut didatangkan dengan penutup pelana di bahagian pembonceng dengan sistem ekzos dari Akrapovic hadir sebagai standard.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 04

Edisi Khas Marco Lucchinelli  1981

Dari sudut spesifikasi dan ciri-ciri, ia sama seperti versi standard GSX-R 1000R yang dikuasakan dengan enjin bersesaran 999cc, Penyejuk Cecair dan 4 Silinder.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 05

Edisi Khas Franco Uncini 1982

Ia berupaya menghasilkan kuasa setinggi 199.2Hp pada 13,200rpm dan Tork 117.6Nm pada 10,800rpm.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 06

Edisi Khas Kevin Schwantz 1993

Enjin itu dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan berserta klac slip-assisted dan Sistem 'Quick Shift Suzuki Bi-Directional' dan dilengkapkan dengan alat bantu penunggang elektronik termasuk 'six-axis Inertial Measurement Unit' (IMU).

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 07

Edisi Khas Kenny Roberts Jr. 2000

Antara ciri-ciri canggih lain adalah sistem 'Ride-by-Wire', 'Suzuki Drive Mode Selector' dengan tiga pilihan mod, sistem kawalan 'traction' dengan 10 mod pilihan, ABS dan Sistem Launch Control Suzuki.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 08

Edisi Khas Joan Mir 2020

Paparan meter GSX-R 1000R juga hadir dengan digital penuh LCD yang diinspirasi daripada jentera GSX-RR MotoGP.

Dari sudut suspensi, ia didatangkan dari jenama Showa untuk depan fork depan dan monoshock di belakang dengan sistem brek dari Brembo.

GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP 09

Pada April tahun ini, Suzuki Jepun melancarkan GSX-R1000R Edisi MotoGP dengan harga JPY 21,56,000 atau RM84,243.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda