window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan!

Khairil ยท Apr 1, 2021 06:00 PM

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan! 01

Seorang pemuda di Tangkak, Johor memberi alasan 'unik' yang mana penggunaan ekzos bising pada motosikal ditunggangnya adalah demi keselamatan bapanya yang sudah berusia.

Pemuda berusia 20 tahun itu ditahan dalam Ops Ekzos Bising yang dijalankan Polis Daerah Tangkak bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Bahru, baru-baru ini.

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Saya yang memasang ekzos bising di motorsikal milik bapa ini. Ekzos bising ni boleh jaga keselamatan bapa saya, tuan... pasal tu saya pasang ekzos ni," kata penunggang motosikal berkenaan yang merayu agar tidak dikenakan saman.

"Motosikal ini saya kongsi pakai dan ketika bapa menunggangnya, bunyi ekzos bising mampu menyedarkan kenderaan lain kehadirannya bagi mengelakkannya dari dilanggar....

"Bapa tidak menyedarinya kerana pendengarannya kurang sedikit sejak beberapa tahun lalu," kata pemuda berkenaan dengan bapanya dikatakan berusia 70-an.

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan! 01

Begitupun, alasan berkenaan tidak dilayan, sebaliknya polis mengeluarkan saman dan meminta dia menggantikan ekzos itu dengan ekzos yang diluluskan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Idris Abdul Rahman berkata, pihaknya mengeluarkan keseluruhan 240 saman termasuk 33 saman kerana kesalahan ekzos bising sekitar daerah Tangkak mulai 1 hingga 31 Mac lalu.

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan! 02

Idris berkata, 33 motosikal yang ditahan itu turut disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Tangkak (IPD) Tangkak untuk tindakan lanjut.

Selain 33 saman membabitkan kesalahan ekzos bising, antara kesalahan lain ialah tiada lesen memandu kenderaan, nombor pendaftaran tidak ikut peraturan, lesen tamat tempoh dan tidak dilindungi insuran, letak kenderaan salah, cermin sisi dan ubahsuai struktur kenderaan.

Guna alasan keselamatan bapa pakai ekzos bising. Polis tak layan! 03

Operasi yang dijalankan itu melibatkan beberapa lokasi sekitar Tangkak antaranya di Sawah Ring, bandar Tangkak dan Bukit Gambir.

Sumber berita/imej: Harian Metro, Facebook IPD Tangkak

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda