window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Guna cara betul untuk 'sambung bayar' kereta, jangan pandai-pandai lepas tangan!

Mersita · May 28, 2023 04:00 PM

Guna cara betul untuk 'sambung bayar' kereta, jangan pandai-pandai lepas tangan! 01

Semua orang yang pernah atau sedang terikat dengan pinjaman kereta atau perjanjian sewa beli (penyewa) pasti tahu bahawa kereta berkenaan tidak boleh dijual tanpa kebenaran bank atau institusi kewangan (pemunya).

Taktik ‘sambung bayar’ yang digunakan untuk menjual dan membeli kereta yang masih terikat dengan perjanjian di atas membabitkan pihak ketiga adalah salah di sisi undang-undang kerana ia melanggar Akta Sewa Beli 1967.

Guna cara betul untuk 'sambung bayar' kereta, jangan pandai-pandai lepas tangan! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Sinar Harian, taktik ‘sambung bayar’ ini digunakan oleh segelintir penjual kereta terpakai untuk menarik pelanggan dengan tawaran bayaran pendahuluan rendah dan tanpa perlu sebarang dokumen sokongan. Skim ini menyasarkan pembeli yang sukar untuk mendapatkan pinjaman bank kerana sudah disenarai hitam ataupun muflis.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam, berkata, pembelian kereta sambung bayar boleh mengakibatkan beberapa perkara tidak diingini berlaku seperti penipuan. Sekiranya pembeli (penyambung bayar) gagal membuat bayaran ansuran kepada institusi kewangan terlibat, nama penyewa (penjual) boleh disenarai hitamkan.

Guna cara betul untuk 'sambung bayar' kereta, jangan pandai-pandai lepas tangan! 01

Laporan CCRIS juga mestilah 'cantik'

Selain itu, institusi kewangan itu juga akan berdepan kesukaran dalam mengesan kenderaan jika bayaran bulanan kereta terbabit tidak dilangsaikan. Kesan-kesan buruk lain termasuklah saman kenderaan dan sabitan aktiviti jenayah yang terpaksa ditanggung di bawah nama penjual sambung bayar terbabit.

Juga baca: Jangan beli kereta ‘sambung bayar’ – risiko tinggi! Ini sebabnya.

Oleh itu, jalan yang betul untuk menjual kereta yang masih terikat di bawah perjanjian sewa beli antara bank dan pembeli asal kereta ialah merujuk serta memaklumkan niat kepada pihak bank untuk mendapatkan kelulusan.

Guna cara betul untuk 'sambung bayar' kereta, jangan pandai-pandai lepas tangan! 02

Foto: RapidBank

“Seterusnya jika pemunya bersetuju, perjanjian sewa beli di atas nama penyewa tidak akan ditamatkan tetapi dokumen ‘assignment’ disediakan oleh bank untuk ditandatangani oleh penyewa asal, bank dan penyambung bayar dengan mengekalkan hak serta liabiliti penyewa asal sepanjang tempoh assignment berkuat kuasa dengan syarat penyambung bayar tiada dalam senarai hitam institusi kewangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Juga baca: K'jaan cadang kuat kuasa 'Lemon Law', elak penipuan dalam pembelian kereta terpakai

Pembelian kereta terpakai tak semestinya rumit dan tidak boleh dipercayai. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis kereta terpakai CARSOME Certified yang sudah diperiksa 175 poin dengan jaminan pulangan wang 5 hari.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda