window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Guna Mercedes-Benz A-Class untuk hantar barang J&T, netizen persoal 'rider' balik modal atau tak

Faisal Β· Jan 19, 2022 04:03 PM

Guna Mercedes-Benz A-Class untuk hantar barang J&T, netizen persoal 'rider' balik modal atau tak 01

Tangkap layar TikTok abang J&T dengan A-Class miliknya. 

Kalau ikut logik, servis penghantaran barang akan lebih mudah dibuat melalui motosikal, lori kecil ataupun van.

Tetapi lain pula ceritanya bagi seorang penghantar barang J&T ini. Pemilik akaun TikTok @payikjurukimpalan atau dikenal sebagai ‘Budok dispatch JNT’ ini nampaknya menghantar bungkusan kepada pelanggan dengan memandu Mercedes-Benz A-Class milik beliau. Bagi anda yang belum tahu, Payik memang terkenal oleh warga di sekitar Tanah Merah, Kelantan.

@payikjurukimpalan #kamisempo ♬ original sound - AdamZbp

Melihat pada profil tikTok Payik, beliau sebelum ini menggunakan van, motor dan lori syarikat J&T.

Namun dalam satu klip TikTok ini, beliau memberitahu bahawa syarikat J&T terpaksa memberhentikan beberapa pekerja termasuk dirinya sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
@payikjurukimpalan Raso sedih nok melepaskan,,ramai yg keno termination,,,semoga ado sinar darinya semoga Allah permudahkan urusan sahabat seperjuangan🀲🏻….#abglori #abangcourier #exjnt #kamisempoi ♬ bunyi asal - Mat musa - MaT MuSaπŸ€—

Tidak lama selepas itu, beliau muncul dengan TikTok yang menunjukkan A-Class buat pertama kalinya dalam akaun tersebut.

Perkara ini telah meraih perhatian yang cukup hebat dalam kalangan netizen. Malah, kalau melihat ruang komen bagi klip video itu, ramai yang mempersoalkan kemampuan beliau memiliki kereta mewah tersebut. Antara komen yang dilontarkan berbunyi seperti “Boleh balik modal tak? Minyak dah berapa, kereta dah berapa, upah hantar barang baru berapa…”. Walau apapun, Payik hanya mampu mengucapkan syukur di atas rezeki milik Tuhan yang diberikan kepadanya.

Jadi, Wajarkah sesama kita persoalkan rezeki yang diberi olehNya? Manalah tahu Payik sememangnya dilimpah segala rezeki sejak azali lagi. Kalau anda ikuti TikTok Payik betul-betul, anda akan perasan bahawa beliau sememangnya pernah memiliki Honda Civic Type-R generasi FD2R.

Juga baca: Lebih 80 unit Honda Type R menyerikan pembukaan bilik pameran 3S baharu Ban Lee Heng di Melaka!

@payikjurukimpalan

 

♬ original sound - 🎧🐊HOWOX'Z🐊πŸ₯πŸŽΈπŸŽΆπŸŽ»πŸŽΌπŸŽ· - β€οΈπŸ„·πŸ„ΎπŸ…†πŸ„ΎπŸ…‡πŸ…‰πŸŠβ–‘42β–‘πŸ’’

Hebat tak hebat?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mercedes-Benz A-Class A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda