window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal!

Khairil · Jan 6, 2022 04:00 PM

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal! 01

Siapa sangka, motosikal Yamaha RX-Z yang kini diiktaraf 'kayangan' dan dicari-cari untuk dijadikan koleksi berikutan popularitinya selain mampu dijual pada harga puluhan ribu ringgit hanya digunakan untuk menjual aiskrim tong.

Itu perkara unik yang dilakukan seorang lelaki di Johor apabila menggunakan motosikal Yamaha RX-Z miliknya yang dilihat masih dalam kondisi cukup baik untuk mencari rezeki menjual aiskrim di kawasan berkenaan.

Juga baca: Terlalu sentimental, Yamaha RX-Z 5-Speed 1985, RM50k pun takkan jual!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal! 01

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok oleh seorang wanita, ajaaisara, penjual aiskrim berkenaan mengetahui dirinya dirakam.

@ajaaisara

Reply to @lelabi46 ##rxzmalaysia ##aiskrimcedok ##aiskrimmalaysia

♬ bunyi asal - HajarHafizi

Dan bagi menjawab soalan mengenai motosikal mahal digunakan menjual aiskrim, ini jawapan pakcik itu. 

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal! 02

"Pakcik tu kata moto tu hamba dia bukan dia hamba moto.. janji boleh pusingan taman jual aiskrim."

Mengintai ruangan komen, penjual berkenaan sememangnya terkenal di lokasi berkenaan dan sudah lama menjual aiskrim menggunakan motosikal 'kayangan' itu.

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal! 03

Dan seorang pengguna sempat menyakat dengan berkata: "Menangis geng-geng Yamaha RXZ tengok video ni betapa selamba je pakcik ni pakai RXZ jual aiskrim."

Juga baca: Yamaha RX-Z terus bikin gempak, berjaya dijual pada harga 'kayangan' RM 60k!

Guna Yamaha RX-Z 'legend' jual aiskrim, tak nak jadi 'hamba' motosikal! 04

Pernah dilaporkan sebelum ini motosikal berkenaan berjaya dijual pada harga RM 60,000 oleh seorang lelaki dan di pasaran ketika ini, haranya berada pada sekitar belasan ribu ringgit mengikut kondisi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda