window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China!

Haris ยท May 29, 2023 10:00 AM

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China! 01

BYD menyangkal tuduhan yang dibuat oleh pesaingnya, Great Wall Motor (GWM), berhubung kegagalan standard pelepasan dalam enjin pembakaran dua model hibrid plug-in BYD (PHEV), lapor Bloomberg. BYD seterusnya menyatakan bahawa mereka kini mengekalkan hak untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Maklum balas itu datang selepas GWM memfailkan aduan kepada pengawal selia di China, mendakwa bahawa enjin pada BYD Qin Plus dan BYD Song Plus PHEV tidak mencapai piawaian pelepasan negara itu.

GWM kini sedang menunggu kemas kini daripada pihak berkuasa kawal selia untuk menentukan sama ada kes akan dibuka atau tidak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China! 01

BYD menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini, menyatakan bahawa produk dan prosedur ujian mereka mematuhi piawaian kebangsaan dan telah diperakui oleh institusi berintegriti. Mereka menjemput jabatan berkaitan untuk menyiasat perkara itu dan mengumpul bukti.

Syarikat itu juga memberikan kenyataan mengenai tentangan terhadap sebarang bentuk persaingan yang tidak adil dan menjelaskan bahawa ujian itu dijalankan oleh pusat teknologi dan penyelidikan automotif China cawangan Tianjin atas permintaan GWM, yang membeli dan menyerahkan kenderaan tersebut untuk ujian.

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China! 02

Menurut BYD, kenderaan yang diuji telah melepasi jarak antara 450 hingga 670 km. Walau bagaimanapun, standard ujian Cina menetapkan bahawa pihak ketiga mesti membeli dan menghantar kenderaan untuk ujian dengan perbatuan sehingga 3,000 km diperlukan sebelum penilaian dapat dibuat. Disebebkan ini, BYD berhujah bahawa hasil yang diperolehi tidak sah.

Aduan GWM dibuat menjelang pelaksanaan piawaian pelepasan kenderaan baharu yang ketat di China, di mana ia memerlukan ujian di atas jalan raya dan bukannya pusat ujian. Kementerian Alam Sekitar dan syarikat yang terlibat masih belum memberi sebarang maklum balas.

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China! 03

Awal bulan ini, BYD menghadapi satu lagi tuduhan pencemaran apabila pasukan pemeriksaan alam sekitar melawat salah satu kilang utama mereka di Changsha berikutan laporan kesan buruk kesihatan dan bau daripada penduduk, lapor AFP. Hasil pemeriksaan itu belum didedahkan oleh kerajaan Changsha, dan BYD enggan mengulas mengenai perkara itu.

GWM juga terlibat dalam kontroversi awal tahun ini pada Mac. Syarikat itu memperkenalkan program yang menawarkan hadiah CNY 10 juta (~RM 6.5 juta atau USD 1.5 juta) kepada individu yang melaporkan sebarang hasad (trolling) di media sosial lantas menarik kritikan di atas talian.

GWM failkan aduan rasmi, tuduh BYD palsukan ujian standard pelepasan karbon di China! 04

Piawaian pelepasan kenderaan China yang dinaik taraf akan dikuatkuasakan di seluruh negara bermula 1 Julai, memperkenalkan syarat-syarat ujian yang lebih ketat termasuk penilaian di atas jalan raya.

Baca: GWM pamer 15 model elektrifikasi baharu - dari sebesar trak pikap 6x6 PHEV, hinggalah model comel Ora!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

GWM Cannon Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda