Sekiranya khabar angin ini betul, nampaknya Great Wall Motor (GWM) Tank sedang mengusahakan saingan Suzuki Jimny yang dipanggil Tank 100.
Tetapi adakah ia betul ataupun sekadar propa?
Sekiranya khabar angin ini betul, nampaknya Great Wall Motor (GWM) Tank sedang mengusahakan saingan Suzuki Jimny yang dipanggil Tank 100.
Tetapi adakah ia betul ataupun sekadar propa?
Kami menghubungi rakan sekerja kami dari China, dan mereka mengatakan bahawa imej ini hanyalah lakaran saja.
Seseorang telah mengambil imej Suzuki Jimny generasi semasa dan mencantumkan rupa depan Tank 100. Ianya nampak ‘real’ sangat, sehingga banyak saluran media tertipu.
Anak syarikat Tank GWM kini menawarkan dua model, Tank 300 dan Tank 500. Yang terakhir ialah SUV saingan Toyota Land Cruiser yang baru mula dijual, dengan harga antara CNY 335,000 hingga CNY 395,000.
Bagi Suzuki Jimny yang comel, model itu membuat penampilan pertama di Malaysia pada September 2021, lima bulan selepas Swift Sport.
Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?
Satu-satunya varian Jimny yang ditawarkan di Malaysia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 102 PS dan 130 Nm, disambungkan pada transmisi automatik empat kelajuan. Ia berharga RM 168,900 (diatas jalan tanpa insurans dan dengan diskaun SST, sah sehingga 30-Jun 2022).
Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - 45 bukti bergambar mengapa ia model Suzuki terlaris di Malaysia tahun ini!
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Suzuki Jimny
Upgrade
Add your car